Covid19Semasa

Pekerja sektor kilang wajib jalani saringan dua kali seminggu

Elak penularan wabak jangkitan Covid-19 dalam industri

KUALA LUMPUR : Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan diwajibkan menjalani ujian saringan Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu bermula 7 Julai.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata arahan ini bertujuan untuk memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Langkah awal ini dilihat mampu mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal selain dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan ke tempat kerja.

“Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut.” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Azmin turut menyeru semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.
Mengulas lanjut, beliau amat kesal kerana ramai yang tidak patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini.
“Apa yang pasti, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja.” katanya.
Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button