DuniaInspirasiSemasa

Pejuang Taliban tukar senjata dengan buku, semangat kembali ke sekolah

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Salah seorang pejuang Taliban yang dikenali sebagai Gul Agha Jalali pernah menghabiskan masa malamnya untuk menanam bom. Dengan harapan dia dapat menyasarkan seorang askar kerajaan Afghanistan atau tentera asing sebelum ini.

Namun kini, anggota Taliban berusia 23 tahun itu sedang belajar bahasa Inggeris dan telah mendaftar dalam kursus sains komputer di ibu negaranya, Kabul.

“Jika negara kita dikuasai oleh orang kafir, kita memerlukan bom, mortar dan senjata api. Tetapi kini tidak lagi, kita memerlukan keperluan yang lebih besar iaitu pendidikan” – Kata Jalali seorang pekerja di Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Awam.

Sejak Taliban kembali menguasai Ogos lalu, ratusan pejuang telah kembali ke sekolah. Sama ada mereka ini sambung belajar secara sukarela ataupun diminta oleh komander mereka.

Sebenarnya perkataan ‘Taliban’ merupakan bahasa arab yang membawa bermaksud ‘pelajar’ dan nama gerakan Islam itu sendiri berasal dari sekolah agama di selatan Afghanistan yang muncul pada tahun 1990-an.

Kebanyakkan pejuang Taliban mendapat pendidikan di madrasah-madrasah. Namun ramai di antara ulama Afghan konservatif terutama dalam kalangan Taliban meragui pendidikan yang lebih moden, selain daripada subjek yang boleh diaplikasikan secara praktikal seperti kejuruteraan atau perubatan.

“Dunia sudah berkembang, kini kita memerlukan teknologi dan pembangunan” – ujar Jalali

Mujahidin Bermotivasi

Keinginan pejuang seperti Jalali untuk kembali ke sekolah menunjukkan rakyat Afghanistan mendambakan pendidikan, kata jurucakap kerajaan Bilal Karimi

“Ramai mujahidin bermotivasi yang kembali menamatkan pengajian mereka menghubungi institusi pendidikan dan kini sedang belajar kursus kegemaran mereka.

Sumber: ABC News

Namun antara isu yang berbangkit berkaitan dengan pendidikan adalah, perempuan dilarang untuk belajar di sekolah-sekolah dan tiada tanda-tanda mereka ini dibenarkan untuk kembali walaupun ada kata-kata janji dalam kalangan kepimpinan Taliban.

Related Articles

Back to top button