PalestinSemasa

PBB selar penggantungan pembiayaan untuk pelarian Palestin

Agensi PBB untuk pelarian Palestin menyelar penggantungan pembiayaan oleh beberapa negara penderma berikutan tuduhan israel bahawa ada kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober.

“Sungguh mengejutkan,” kata ketua UNRWA Philippe Lazzarini dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, sambil menambah bahawa “nyawa penduduk di Gaza bergantung kepada sumbangan ini.”

Israel berikrar untuk menghentikan agensi PBB daripada beroperasi di Gaza  selepas perang.

UNRWA berkata pada hari Jumaat ia telah memecat beberapa pekerja atas tuduhan israel, menjanjikan siasatan menyeluruh terhadap tuduhan itu, yang tidak dinyatakan.

Penderma termasuk Jerman, Britain, Itali, Australia dan Finland telah mengikut telunjuk Amerika Syarikat, yang mengatakan ia telah menggantung pembiayaan tambahan kepada agensi itu atas tuduhan itu.

“Dalam pembinaan semula Gaza, UNRWA mesti digantikan dengan agensi yang berdedikasi untuk keamanan dan pembangunan tulen,” kata Menteri Luar israel Israel Katz dalam satu kenyataan, menggesa lebih ramai penderma menggantung pembiayaan.

Hamas mengutuk ancaman Israel

Hamas menyelar “ancaman” Israel terhadap UNRWA, menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan antarabangsa lain supaya tidak “menyerah kepada ancaman dan pemerasan”.

Hubungan antara Israel dan UNRWA, yang telah tegang selama bertahun-tahun, semakin meruncing sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan agensi PBB mengecam tembakan kereta kebal yang dikatakan telah mengenai tempat perlindungan orang yang kehilangan tempat tinggal di bandar utama selatan Gaza, Khan Yunis.

Agensi itu memaklumkan, tembakan kereta kebal pada hari Rabu membunuh 13 orang.

Sebelum perang Israel ke atas Gaza, UNRWA sudah bergelut untuk memenuhi keperluan pembiayaan.

Kekurangan dana agensi itu bertambah teruk pada 2018 apabila bekas presiden AS Donald Trump memotong sokongan kepada agensi itu.

Tetapi pentadbiran Presiden AS Joe Biden telah memulihkan sokongan, menyediakan $340 juta pada 2022, menjadikannya penderma terbesar agensi itu.

Jabatan Negara AS berkata pada hari Jumaat bahawa ia telah “menjeda sementara pembiayaan tambahan” kepada agensi itu semasa ia menyemak tuntutan serta rancangan PBB untuk menangani kebimbangan israel yang sebenarnya tidak berasas.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Related Articles

Back to top button