Oleh Wartawan Pelatih – Izzul Nazaruddin
ISTANBUL : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutteres menggesa siasatan terhadap kematian 400 rakyat Ukraine selepas tentera Rusia berundur.
“Saya sangat terkejut dengan gambar pembunuhan orang awam di Bucha, Ukraine. Ia sangat penting untuk siasatan bebas dan jujur dengan siasatan mereka,” katanya dalam sebuah ciapan melalui Twitter.
I am deeply shocked by the images of civilians killed in Bucha, Ukraine.
It is essential that an independent investigation leads to effective accountability.
— António Guterres (@antonioguterres) April 3, 2022
Terdahulu, sekurang-kurangnya 410 mayat telah ditemui di bandar Bucha, menurut ketua pendakwa raya Ukraine.
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menyeru organisasi antarabangsa untuk menghantar pakar secepat mungkin bagi mengumpul bukti jenayah perang yang dilakukan tentera Rusia.
Dalam pada itu, Penasihat presiden Ukraine, Mikhail Podolyak, berkata mayat itu diikat dan ditembak oleh tentera Rusia dalam keadaan terbaring di atas jalan raya.
Menurut jangkaan PBB, sekurang-kurangnya 1,417 orang awam telah terbunuh dan seramai 2038 orang cedera dalam peperangan Ukraine-Rusia manakala lebih empat juta orang Ukraine telah lari ke negara lain.
-AGENSI