DuniaSemasa

PBB desak gencatan senjata di Syria

11 tahun rakyat Syria berduka

NEW YORK : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres menggesa gencatan senjata dilaksanakan di Syria setelah 11 tahun pertempuran berdarah terjadi di negara itu, lapor Xinhua.

Gutteres dalam satu kenyataan berkata, serangan kejam yang dilakukan Syria tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, malah, berjuta nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban.

“Kita tidak boleh membiarkan rakyat Syria. Konflik mesti dihentikan. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati.

“Saya menyeru semua pihak untuk melibatkan diri dan merayu sokongan dunia untuk tingkatkan tindak balas kemanusiaan. Kita mesti memilih keamanan,” ujar Gutteres.

11 tahun berlalu, konflik dalam Syria telah mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa.

Pencabulan hak asasi manusia terus menerus dilakukan pemerintah pada skala yang besar.

“Kemusnahan yang ditanggung rakyat Syria adalah begitu meluas dan membawa maut sehinggakan ia mempunyai beberapa persamaan dengan sejarah moden.” kata Setiausaha Agung itu.

Tambah beliau, kemusnahan infrastruktur sejak berlakunya ‘Arab Spring’ telah memberi kesan mendalam terhadap sektor ekonomi.

“Kita tidak boleh kehilangan harapan, kita mesti bertindak sekarang. Kita mesti menunjukkan keberanian dan keazaman untuk bergerak melangkaui komitmen retorik kepada keamanan dan melakukan semua yang perlu untuk mencapai penyelesaian politik yang dirundingkan selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan 2254 (2015), “kata ketua PBB itu.

Related Articles

Back to top button