Covid19Dunia

Palestin kesan kes pertama varian Omicron

Tiga kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian baharu Omicron telah dikesan di Tebing Barat.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Kamal al-Shakhrah, ketiga-tiga individu dilaporkan baru pulang dari luar negara.

“Mereka merupakan penduduk berasal dari Ramallah, Hebron dan Tubas,” katanya.

Walau bagaimanapun, Shakhrah tidak menjelaskan dari mana mereka tiba.

Kementerian itu sebelum ini berkata pada Khamis bahawa kurang daripada 140,000 rakyat Palestin daripada tiga juta penduduk di Tebing Barat telah menerimas suntikan dos penggalak Covid-19, dan lebih sejuta telah lengkap menerima dua suntikan.

Untuk rekod, varian baharu itu ditemui oleh para saintis di Afrika Selatan pada bulan lalu dan boleh bermutasi dengan kadar tinggi serta mudah dijangkiti.

Berikutan itu, banyak negara melaksanakan penutupan sempadan dan tidak menerima pengembara dari negara-negara Afrika.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button