Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

MAPIM tidak keseorangan, PESAKA sentiasa berada di belakang

Sanggup sediakan sukarelawan ahli silat untuk misi kemanusiaan

KAJANG :  Semangat dan percaya dengan gerak kerja merealisasikan program kemanusiaan yang dilaksanakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) – menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi untuk sentiasa berada di belakang MAPIM.

Presidennya, Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, berkata atas kepercayaan itu sumbangan kepada saudara yang terkesan di Palestin, khususnya di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel disalurkan kepada MAPIM demi membantu pembangunan semula masyarakat Palestin.

 

“MAPIM saya mengenali mereka secara dekat, dengan pimpinan (Dr.) Sani, dan pimpinan MAPIM lain bukan asing kerana mereka walk the talk, apa mereka kata mereka kota,  dan pastinya apabila kita sampaikan sedikit sumbangan dan juga ingatan ini adalah amanah juga. Dan pastinya dalam menyampaikan amanah kita mesti memastikan amanah ini sampai kepada mereka yang memerlukan. Tanpa menuduh mana-mana pihak saya fikir semua orang berniat baik tapi MAPIM salah satu daripada NGO yang mempunyai credential yang cukup kuat apatah lagi MAPIM bukan sahaja pernah ke Palestin dan Gaza semata-mata sahaja tapi ke 40 buah negara. ” – Presiden PESAKA /  Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin

Beliau berkata bukan setakat ke Gaza, MAPIM telah berkelana ke 40 buah negara demi misi kemanusiaan dan atas kepercayaan itulah PESAKA memilih MAPIM untuk menyempurnakan amanah pertubuhan.

Datuk Wira Megat Zulkarnain berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, PSSLM, untuk Tabung Kilat Gaza  MAPIM.

Beliau yang mewakili Persatuan itu menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

Turut hadir ialah Presiden PSSLM Datuk Dr Muhammad Fairus Hussain, Paduka Guru PSSLM, Khairudin Mustapha.

Sementara itu katanya, PESAKA dan PSSLM juga bersedia menghantar anggotanya yang sentiasa terdidik dengan disiplin untuk menjadi sukarelawan kepada MAPIM.

“PESAKA dan Silat Lincah Malaysia akan sentiasa tawarkan diri, yang pertama sekali untuk menghantar sukarelawan, sebab kita tahu tentang latar belakang MAPIM dan kita tengok perjuangan MAPIM dan kita tidak mahu MAPIM keseorangan. Bukan mudah MAPIM (Dr.) Sani dan anggota sukarelawan lain turun dengan semangat yang cukup berkobar-kobar. Kami rasakan dengan sifat itu kami turut ingin membantu. ” – Presiden PESAKA /  Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin

PESAKA mempunyai keahlian seramai 4.8 juta orang dengan gabungan 400 lebih persatuan silat.

PESAKA diterajui Datuk Wira Megat Zulkarnain sejak 11 April lalu selepas mendapat sokongan sebulat suara oleh kesemua ahli gabungan bagi menduduki kerusi nombor satu organisasi berkenaan.

 

Untuk rekod, Datuk Wira Megat yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PESAKA sejak berusia 30-an adalah anak Pendekar Negara yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju.

******

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button