Orang muda dan ibadah korban
Usia muda adalah waktu kita menerokai banyak perkara dalam hidup. Ia adalah usia ketika tenaga masih banyak dan idea juga semangat menyala-nyala.
Dalam usia muda, ramai yang memilih untuk meneroka perkara baru dan mencabar. Ada yang memilih belajar ke luar negara, ada yang memilih mengembara, ada yang memilih membuka perniagaan, menulis, dan pelbagai lagi perkara yang keluar daripada zon keselesaan mereka.
Tidak salah untuk semua itu asalkan ia membawa kepada kebaikan. Malah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ;
“Tidak tergelincir dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai Allah menanyakan empat hal: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya bagaimana digunakan, hartanya dari mana didapatkan dan untuk apa dibelanjakan, serta ilmunya bagaimana diamalkan.” (HR Tirmidzi).
Usia muda juga adalah waktu yang sesuai bagi melakukan ibadah umrah dan Haji bagi yang berkemampuan kerana, ibadah itu memerlukan tenaga yang tidak sedikit. Pasti orang muda yang mewah tenaganya tidak punyai masalah.
Namun ada juga ibadah yang ramai orang muda tidak menerokanya dengan bersungguh-sungguh, iaitu ibadah korban.
Dalam pelaksanaan ibadah korban tidak dinafikan memang ramai anak muda yang membantu semasa proses melapah ataupun menumbangkan binatang korban, namun berapa ramai anak muda yang turut serta dalam ibadah itu?
Maksudnya, menyediakan binatang untuk dikorbankan.
Sedangkan korban adalah ibadah yang sangat dituntut. Ia telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah dengan niat mendapatkan redha Allah S.W.T.
Malah menurut jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad untuk mereka yang berkemampuan. Ulama mazhab Syafie pula berpandangan korban adalah sunat ‘ain bagi setiap orang Islam, paling tidak sekali dalam seumur hidup.
Mengapa anak muda tidak ‘meneroka’ ibadah ini?
Ini kerana, apabila menyebut ibadah korban ramai memikirkan ia ibadah yang rumit. Malah mungkin perkara pertama yang muncul dalam fikiran adalah kos lembu ataupun unta yang tidak murah. Sedangkan anak muda masih bergelut bagi menstabilkan ekonomi.
Ada juga berfikiran, ibadah korban adalah untuk golongan yang sudah tua dan memasang niat akan melaksanakannya apabila tiba tempoh umur tertentu.
Hakikat yang anak muda tidak sedar, korban adalah ibadah yang mudah dan murah. Malah tidak ada had umur untuk melaksanakan ibadah korban.
Malah Nabi Muhamad SAW tidak pernah ketinggalan dalam melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun, walaupun hanya seekor kambing.
Benarkah murah? Misalnya seekor lembu, ia boleh dikongsikan oleh lapan orang yang berniat melakukan ibadah korban.
Maknanya, mereka tidak perlu membayar harga seekor lembu yang mungkin antara dua hingga ke lima ribu ringgit. Mereka cuma perlu membayar serendah RM200 sahaja.
Adakah nilai RM300 itu terlalu tinggi untuk anak muda yang berkerjaya? Jawapannya ada dalam diri kita sendiri.
Mungkin ada juga yang berfikiran, apa yang akan mereka peroleh sekiranya melaksanakan korban?
Ada banyak manfaat yang boleh diperoleh, namun kita perlu ikhlas dalam melaksanakan ibadah itu. Ikhlas kerana Allah.
Apabila ikhlas, insya-Allah ada banyak manfaat yang boleh kita peroleh. Antaranya, ibadah korban boleh menjadi penebus dosa kecuali dosa besar.
Malah kita akan mendapat kebaikan untuk setiap bulu haiwan yang kita korbankan.
Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Selain kita mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala, ibadah korban juga akan membentuk peribadi menjadi, qana‘ah (bersyukur), ikhlas, sabar, dan seterusnya menyuburkan sifat tolong menolong, terutamanya semasa penyembelihan dan proses pembahagian daging korban.
Secara tidak langsung, ibadah korban juga adalah ‘ubat’ yang menyembuhkan penyakit mazmumah dalam hati, meningkatkan keupayaan fizikal, mental, dan sosial kita.
Paling utama, ibadah korban adalah masa untuk kita mengerti bagaimana pengorbanan Nabi Ismail yang ketika itu juga adalah seorang anak muda, yang sanggup berkorban kerana Allah SWT.
Walaupun nampak mudah, tetapi tetap binatang korban itu ada syarat-syarat tertentu bagi memastikan ibadah korban kita tidak sia-sia.
Antara syarat-syaratnya, ibadah korban hanya sah dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri, sama ada jantan ataupun betina, sama ada baka ataupun dikasi.
Dengan itu, tidak sah berkorban dengan haiwan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.
Haiwan ternakan itu juga perlu sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Ia juga tidak boleh mempunyai kecacatan, sama ada kaki tempang, buta, telinga koyak, tanduk patah, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain.
Untuk urusan itu, kita boleh serahkan kepada pihak yang boleh menjadi wakil kita. Misalnya, MAPIM Malaysia. MAPIM Malaysia akan membantu anda bagi memudahkan pelaksanaan ibadah korban.
MAPIM Malaysia bukan sahaja akan memilih haiwan yang memenuhi syarat korban, malah lebih daripada itu. MAPIM Malaysia memilih haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih. Bukan sekadar syarat minimum.
Walaupun MAPIM memberikan haiwan yang punyai kualiti terpilih, MAPIM tetap memastikan harga yang ditawarkan adalah antara harga termurah dipasaran.
MAPIM Malaysia juga mempunyai pengalaman dan reputasi yang dipercayai. MAPIM tidak akan mempertaruhkan reputasi dan kepercayaan yang sudah dibina selama bertahun-tahun dengan membuat kerja sambil lewa.
Memang hasrat MAPIM menjadikan pelaksanaan korban itu mudah untuk semua golongan. Jadi MAPIM menjamin pengalaman pelaksanaan ibadah korban yang mudah dan tidak memeningkan kepala. Itu jaminan MAPIM, memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Paling menarik anda akan menerima video sembelihan korban atau akikah ketika nama anda dibacakan, sijil penyertaan dan juga cenderamata.
Itulah antara kelebihan melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia. Jadi apa yang diperlukan sekarang adalah tindakan anda. Hanya itu.
Mengapa MAPIM Malaysia?
Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
Antara harga termurah dipasaran
Reputasi MAPIM yang dipercayai.
Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Anda akan menerima sijil penyertaan dan juga Cenderamata.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah].
Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari : www.ibadahqurban.com
www.ibadahqurban.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini