WASHINGTON : Varian Omicron Covd-19 diklasifikasikan sebagai varian yang kurang berbahaya walaupun ia memiliki tahap kebolehjangkitan yang lebih tinggi.
Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, kebanyakan kes Omicron yang dikesan setakat ini kurang menyebabkan kemasukan ke hospital dan pesakit kurang memerlukan bantuan oksigen.
Namun, rumusan muktamad akan mengambil masa beberapa minggu dan lebih banyak data dijangka akan diterima pada minggu depan.
Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memaklumkan varian tersebut tidak menyebabkan pesakit jatuh sakit dengan lebih teruk berbanding varian-varian pandemik itu yang lain.
Mengulas lanjut, Omicron tidak menyebabkan pesakit-pesakit yang dijangkitinya menjadi lebih teruk berbanding Delta dan varian-varian lain berdasarkan data-data awal yang diperolehi.
Mereka turut menjelaskan bahawa tiada tanda-tanda bahawa Omicron boleh kalis perlindungan yang diberikan oleh vaksin Covid-19 ketika ini.
“Setakat ini, kami mempunyai vaksin yang mempunyai keberkesanan tinggi yang terbukti menentang semua jenis varian,” katanya.
Terdahulu, varian baharu itu ditemui oleh para saintis di Afrika Selatan pada bulan lalu dan boleh bermutasi dengan kadar tinggi serta mudah dijangkiti.
Berikutan itu, banyak negara melaksanakan penutupan sempadan dan tidak menerima pengembara dari negara-negara Afrika.
Namun, setakat ini tiada ada laporan kematian akibat Omicron.
– AGENSI