Covid19Semasa

Pakai 2 pelitup muka di kawasan berisiko tinggi

Tidak wajib 2, tetapi wajib pakai

PUTRAJAYA: Orang ramai digalakkan memakai dua pelitup muka dengan pelindung muka (face shield) di kawasan awam, pada zon berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan pelitup muka yang berjenis fabrik bagaimanapun tidak digalakkan.

Kalau kita berada di kawasan yang berisiko tinggi amat digalakkan untuk pakai lebih dari satu lapisan (pelitup muka) dan juga pelindung muka (face shield)” – Ketua Pengarah Kesihatan / Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Tan Sri Dr Noor Hisham juga memberi sebab mengapa galakan untuk memakai dua lapis pelitup muka dalam  sidang medianya di Putrajaya pada Sabtu (22 Mei)

“Kalau kita lihat COVID-19 tidak hanya merebak menerusi cecair malah ia turut merebak di ruang udara jadi pemakaian pelindung muka juga amat digalakkan di kawasan berisiko.” – Ketua Pengarah Kesihatan/ Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Tambah beliau pemakaian dua pelitup muka tidak diwajibkan dan memakai pelitup muka juga wajib.

“Pakai pelitup muka melebihi satu lapisan tidak diwajibkan tetapi memakai pelitup muka itu wajib,” – Ketua Pengarah Kesihatan/ Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Mengulas lanjut, Tan Sri Dr Noor Hisham turut menyarankan orang ramai untuk menggunakan jenis pelitup muka yang disarankan pihak KKM seperti jenis N-95 yang dikatakan mampu menapis virus lebih 95 peratus.

Seperti petugas kesihatan di hospital, Tan Sri Dr Noor Hisham memberitahu mereka digalakkan memakai pelitup muka melebihi satu lapisan bersama pelindung muka.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Related Articles

Back to top button