DuniaSemasa

OCHA beri amaran Somalia akan berdepan krisis kemanusiaan terburuk

Dana kemanusiaan semakin tenat

ANKARA : Krisis kemanusiaan yang semakin tenat bakal mengakibatkan kira-kira 5.9 juta penduduk Somalia berisiko menghadapi kebuluran. Bantuan makanan sangat perlu bagi melindungi dan menyelamatkan nyawa mereka, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), semalam, ketika ini keperluan bantuan kemanusiaan meningkat ketara pada 2021. Namun, dana bagi memenuhi keperluan itu ‘semakin tenat’ sejak enam tahun kebelakangan ini.

“Rakan kerjasama kemanusiaan hampir tidak dapat memenuhi keperluan asas bagi membantu mereka yang kebuluran, menderita dan terpaksa menjadi pelarian yang meliputi wanita serta kanak-kanak,” –  Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Residen dan Penyelaras Kemanusiaan untuk Somalia, Adam Abdelmoula

OCHA memberi amaran, sekiranya masalah dana itu tidak diatasi segera, ia boleh mencetuskan bencana kemanusiaan terburuk di Somalia.

Ketika ini, sejuta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan, malah lebih menyedihkan apabila bencana kemarau dan banjir, selain kesan ketegangan politik, COVID-19 serta serangan belalang juta, memburukkan lagi situasi kemanusiaan di Somalia. – BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button