Semasa

Nilai upah RM13 tidak setimpal nyawanya!

Selepas bedah siasat kesan diseksa, dibakar ditemui pada badan mangsa

Kaherah: Sudahlah dirinya yatim piatu, dia diseksa hingga maut hanya kerana menuntut upahnya yang bernilai 50 pound atau kira-kira RM13.

Menurut siasatan awal pihak berkuasa, Saleh Tamer Ali diseksa selama 120 minit di rumah sembelih yang terletak di kampung Mit Suhail di wilayah Sharqia, Kaherah.

Polis juga menunjukkan penyeksaan terhadap Saleh dimulakan ketika dia meminta upah hariannya daripada pemilik rumah sembelih itu, pada hari sebelum kematiannya.

Media tempatan melaporkan remaja itu dikatakan bekerja di rumah penyembelihan ayam selama tujuh bulan sebelum kejadian,

Saleh menjadi yatim setelah kematian ayahnya tujuh tahun lalu,  dan kini tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya.

Remaja itu pernah mengatakan dia tidak lagi dapat terus bekerja di situ kerana seseorang telah mengganggu dan mendesaknya supaya bekerja tanpa rehat.

Atas alasan itu, suspek yang dipercayai pemilik rumah sembelih mula memukul dan menyeksa mangsa dengan menggunakan api.

Akibatnya, remaja itu dikejarkan ke klinik berdekatan. Sudah terlewat apabila doktor memberitahu mangsa koma dan mesti segera dibawa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pusat Al Saadin di Iya Al Qamh.

Akhbar Al Watan, dalam laporannya berkata laporan forensik menunjukkan remaja itu mengalami luka terbakar dan lebam pada bahagian badan.

Sementara itu, pemilik rumah sembelih mendakwa pihaknya menemui mayat budak lelaki itu di depan rumah berkenaan.

Abdulmajeed Ali, bapa saudara Saleh memberitahu media dia mendapat tahu khabar dari Hospital Pusat Al Sa’dyeyen, bahawa seorang remaja lelaki di hantar ke hospital berkenaan untuk rawatan oleh pemilik rumah sembelih.

“Saya pergi ke rumah mayat dan mendapati, badannya ada kesan lebam dan dibakar. Kami dapat tahu daripada doktor forensik kesan terbakar itu hanya baru beberapa jam terjadi. Lebam itu pula kerana dipercayai dipukul, yang menunjukkan anak saudara saya diseksa dan dibakar dua jam lalu.” – Abdulmajeed/ bapa saudara

“Saya diberitahu dua beradik dari pemilik rumah sembelih yang menghantar Saleh ke farmasi di kampung berkenaan, kerana katanya mereka menjumpai Saleh terbaring di atas jalan raya.”

Egypt-tortur-boy-kin-750x450

Gulftoday.com melpaorkan pihak pendakwa memerintahkan penahanan kedua-dua suspek manakala dua yang lain diburu.

Semoga nasib Saleh terbela!

Related Articles

Back to top button