DuniaKemanusiaanPalestin

Solidariti buat wartawan Palestin

26 wartawan telah dipenjara zionis Israel

RAMALLAH – Kekejaman rejim Israel masih tidak menemui penghujungnya apabila ramai wartawan Palestin yang dipenjara atas kesalahan penulisan laporan tentang mereka.

Para wartawan Palestin yang hanya menjalankan tugas dipercayai telah menjadi mangsa kekejaman Israel apabila mereka diseksa, didenda tanpa sebab yang munasabah.

Ahli Forum Media Palestin menganjurkan protes secara berasingan di luar ibu pejabat Bulan Sabit Merah tanda solidariti bersama  warga Palestin yang ditahan dan memperingati Hari Tahanan Arab.

Dalam satu protes yang dianjurkan oleh Forum, para aktivis mendesak untuk membebaskan wartawan, Ala’a al-Rimawi dan warga Palestin lain yang turut ditangkap dalam  ketika mereka diserbu di rumah mereka.

Menurut laporan Middle East Monitor, Pengerusi Forum, Khadr al-Jamali memaklumkan pencabulan hak terhadap media masih berterusan, pengabaian undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan serta norma dalam melindungi wartawan dan kebebasan mereka untuk menjalankan tugas.

Penangkapan al-Rimawi dipercayai sebahagian daripada agenda Israel untuk menggugat pilihan raya Palestin akan datang.

Beliau dipindahkan ke hospital lima hari selepas penangkapannya selepas melancarkan mogok lapar atas gangguan oleh zionis Israel terhadap tugas kewartawanannya.

Satu lagi protes diadakan demi memperingati Hari Tahanan Arab, di mana para aktivis memegang poster warga Palestin yang dipenjara, seperti ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin iaitu Ahmad Sa-adat dan George Abdallah.

Dengan penangkapan al-Rimawi, ini menjadikan seramai 26 wartawan Palestin yang ditangkap oleh zionis Israel kerana memuat naik berita tentang mereka di media sosial.

Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan Hamas di Gaza berkata Israel sedang menggugat keselamatan wartawan dan pihak media Palestin.

Kerajaan Hamas memaklumkan pihak pengurusan penjara Israel bertanggungjawab atas kesihatan dan keselamatan semua tahanan, termasuk wartawan-wartawan yang ditangkap, dan menyeru semua pihak prihatin terhadap kebebasan media dan hak kemanusiaan untuk menunjukkan solidariti bersama Palestin dan pembebasan mereka.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button