DuniaRohingyaSemasa

Nasib Rohingya terus terima simpati Turki

Teruskan komitmen berkenaan hal ehwal pelarian

DHAKA : Sebuah bas mini untuk kemudahan pengurusan khidmat dengan pantas kepada masyarakat Rohingya yang dianiaya.

Demikian matlamat dinyatakan oleh Duta Besar Turki ke Dhaka, Mustafa Osman Turan, ketika menyerahkan kunci simbolik kepada Menteri Pengurusan Bencana dan Bantuan Negara Bangladesh Enamur Rahman.

Dalam menyampaikan upacara tersebut, Rahman menyebut Turki sebagai “kawan yang sangat lama dan setia” dari Bangladesh. “Kami mahu bergerak bersama dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Bangladesh dalam pada itu melalui Menteri berkeanaan mengucapkan penghargaan kepada pemerintah Turki yang telah membantu negaranya dalam banyak sektor, terutama dalam mendukung Rohingya dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pemulihan.

Turki juga meningkatkan aktiviti bantuannya pada tahun 2017, ketika gelombang baru pelarian Rohingya berlindung di Bangladesh.

Lebih daripada 700,000 orang Muslim Rohingya melarikan diri dari bahagian barat Rakhine Myanmar ke negara jiran Bangladesh.  Mereka terpaksa menyelamatkan diri ketika tentera Myanmar melancarkan tindakan keras yang menyaksikan kampung-kampung mereka  dibakar, pembunuhan di luar mahkamah, dan pemerkosaan.

Menggarisi usaha TIKA di Bangladesh,  Turki dikatakan berminat untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala. “Banyak syarikat Turki berminat untuk melabur di Bangladesh dalam waktu dekat.”

Turkey: Total development assistance hits $9.3B in 2017

TIKA ditubuhkan pada tahun 1992 dan kini mempunyai 60 pejabat di seluruh dunia. Pejabatnya di Bangladesh dibuka pada tahun 2014.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button