KerohanianSemasa

Selangor kekalkan larangan kalimah “Allah” diguna penganut bukan Islam : Sultan Selangor

Dalam percetakan dan apa-apa tulisan

SHAH ALAM 23 Mac : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menegaskan larangan penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam kekal di Negeri Selangor walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan perkataan Allah serta tiga lagi perkataan lain digunakan oleh penganut Kristian.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Selangor hari ini, baginda menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible atau percetakaan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian tetap dilarang di Negeri Selangor walau dalam bentuk apa sekalipun yang mengandungi kalimah Allah.

“Kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Mahasa Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam,” – Sultan Selangor / Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Titah baginda, rakyat yang bukan beragama Islam di Negeri Selangor perlu sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah seperti mana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam yang telah diwartakan pada 7 Julai 1988.

Ini termasuklah larangan penggunaan beberapa perkataan lain yang termaktub di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam ini bagi tujuan komersial dan bagi tujuan menamakan tempat-tempat perniagaan atau bangunan

 “Apa gunanya Beta menjadi ketua Agama Islam Selangor jika Beta gagal untuk menjamin kemuliaan kalimah Allah dan kesucian Agama Islam dari dicemari oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri, beta sentiasa menekankan agar rakyat Beta dapat menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba untuk menyentuk sensitiviti agama masing-masing yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Negeri Selangor ini,” – Sultan Selangor / Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Walau bagaimanapun, tiada halangan atas pengunaan perkataan itu sekiranya perkataan “Tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button