KUALA LUMPUR: Gabungan pelbagai NGO, MyAqsa Defenders melalui kenyataan medianya memaklumkan mereka mengikuti rapat perkembangan di Baitulmaqdis, Palestin ketika ini apabila polis dan tentera zionis israel bertindak biadap dan zalim apabila menggempur serta mencemari Masjid Al-Aqsa dengan memukul termasuk merosakkan beberapa fasiliti utama di kawasan masjid.
Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, tindakan tidak berperikemanusiaan zionis telah mengakibatkan 7 rakyat Palestin cedera parah dan lebih 400 turut ditangkap.
Gabungan pelbagai NGO, MyAqsa Defenders melalui kenyataan medianya memaklumkan mereka mengikuti rapat perkembangan di Jerusalem, Palestine ketika ini #IsraeliCrimes #israelbiadap pic.twitter.com/PVRHL5FoQS
— Adli Effendy (@adlieffendy) April 5, 2023
Berita terkini dari NGO pelaksana MyAqsa Defenders juga memaklumkan klinik lapangan di Masjid Al-Aqsa hasil sumbangan rakyat Malaysia pada tahun 2021 rosak teruk akibat keganasan regim zionis.
Tular rakaman tentera zionis mengganggu rakyat Palestin menunaikan solat berjemaah dan menghalau mereka dari Masjid Al-Aqsa
Layari laman web https://t.co/SUd0dY2G0X untuk berita terkini Palestin 🇵🇸#berita #news #ummahtoday #freepalestine #shameonisrael #dunia #israelbiadap pic.twitter.com/sJUHxIzuwn
— Ummah Today (@ummah_today) April 6, 2023
“Selain itu, regim zionis juga bertindak menutup pintu-pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa bagi menghalang muslimin beriktikaf dan pasukan paramedik untuk masuk bagi merawat mangsa yang tercedera mengakibatkan ketegangan bertambah,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, episod keganasan kali ini berkait rapat dengan perayaan Paskah (passover) disambut oleh israel yang dijadualkan bermula pada 5 April serta akan berlangsung selama 7 hari dan satu perarakan akan berlangsung di sekitar Masjid Al-Aqsa.
lsraeli occupation forces assault a Palestinian female at a military checkpoint in Bethlehem, occupied West Bank. pic.twitter.com/OJVshTWYas
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) April 3, 2023
Sejak awal tahun ini, situasi di Tebing Barat berada di tahap yang sangat genting apabila regim zionis mengempur Jenin, Nablus dan beberapa bandar utama serta melaksanakan beberapa siri pembunuhan termasuk menangkap pemuda Palestin dan sehingga kini seramai lebih 90 muslim telah terbunuh.
Menurut MyAqsa Defenders, keperluan terdesak ketika ini adalah bantuan perubatan dan baikpulih klinik lapangan serta bantuan kewangan kepada keluarga Palestin yang terkesan.
BACA JUGA
Tentera zionis serang Gaza selepas menyerang jemaah Masjid Al Aqsa
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia