Semasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM Santuni Jemaah Madrasatul Islamiah (Surau Jumaat), Cheras

Oleh : Zuhaili

Kuala Lumpur : Mobile Clinic anjuran bersama MAIWP-MAPIM kali ini diadakan di Madrasatul Islamiah (Surau Jumaat), Cheras, Kuala Lumpur.

Program yang diadakan selama dua hari iaitu Khamis dan Jumaat melibatkan 2 orang Doktor dan 6 orang sukarelawan yang turut membantu bagi melancarkan program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM.

Jemaah masjid dan pesakit yang tinggal di kawasan berdekatan hadir bagi mendapatkan rawatan asas seperti pemeriksaan gula, kolestrol dan tekanan darah. Mereka juga boleh mendapatkan konsultasi bersama Doktor serta diberikan ubat secara percuma. Setiap pesakit yang hadir juga diberikan ubat gigi Halagel setiap seorang.

Kebanyakan pesakit di sini sangat berpuas hati dengan layanan serta perkhidmatan yang disediakan di dalam Mobile Clinic ini.

Program Mobile Clinici MAIWP – MAPIM akan diteruskan di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan. Bagi yang berminat boleh hubungi MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038.

Related Articles

Back to top button