HULU LANGAT : Di kala orang ramai sedang lena dibuai mimpi, anggota sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih bersengkang mata menjalankan misi kecemasan bagi membantu mangsa banjir.
Walaupun sesetengah kawasan yang dilanda banjir sudah mulai surut, lumpur yang mengotori tempat kediaman mangsa sudah tentu mengambil tempoh yang lama untuk dibersihkan apatah lagi dengan harta benda yang musnah.
Dengan bantuan kenderaan pacuan empat roda oleh pihak MAPIM Rangers, mereka ke lokasi yang terkesan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Wakil jurucakap MAPIM merangkap Pengurus Merhaba Store, Tuan Hidayat Abdullah, bantuan berbentuk makanan panas , air mineral dan juga kotak bekalan makanan diagihkan di sekitar kawasan Langat.
Menurutnya, mengikut perancangan awal mereka, bantuan tersebut akan disumbangkan kepada warga madrasah An-Nabawiyyah di mana tempat tersebut mengalami kemusnahan yang teruk.
“Meskipun hari sudah menunjukkan lewat malam, tapi anggota kami tetap terus teguh untuk meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Langat.
“Namun disebabkan jalan putus berhampirannya, pelajar di madrasah tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat anggota kami tidak berpeluang untuk menziarahi ke tempat tersebut.
“Dengan semangat bantu ummah yang sering diterapkan dalam jiwa anggota sukarelawan MAPIM, mereka tetap meneruskan misi dengan mengagihkan barang bantuan ke penduduk sekitar,” katanya.
Misi ini turut disertai oleh aktivis merangkap selebriti adik-beradik, Hazwani Helmi dan Heliza Helmi menyantuni mangsa sudah pasti mengukir keceriaan pada wajah mereka meskipun ditimpa musibah.
Kebanyakan penduduk di kawasan terbabit terpaksa hidup dalam keadaan gelap gelita dengan hanya ditemani cahaya lilin ekoran terputusnya bekalan elektrik.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038