Semasa

Puting beliung landa Kuantan

70 rumah rosak

KUANTAN 26 Mac:  [VIDEO]    Selepas Yan di Kedah yang dilanda ribut semalam beberapa kawasan di Kuantan dibadai bencana sama diikuti hujan lebat.

70 rumah di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru, rosak.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Kapten (PA), Zaubidah Said, berkata dalam kejadian di antara jam 5:00 petang dan 7:00malam dengan semua rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung susulan angin kencang.

“Buat masa ini, tiada laporan membabitkan individu yang cedera dan pusat pemindahan juga tidak dibuka kerana penduduk terjejas masih memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing,” – Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Kapten (PA), Zaubidah Said

Beliau berkata, APM turut menghulurkan bantuan kit makanan kepada keluarga yang terjejas.

Katanya susulan bencana banjir pula, seramai 57 mangsa daripada 13 keluarga hari ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan KRT Taman Murni Sungai Isap, di sini, setakat jam 10.50 malam tadi.

Selain ribut , fenomena belalai air juga dikongsikan para netizen di laman Facebook mereka.

Video ini yang dirakam mengenai puting beliung dikatakan berlaku di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Laman sesawang rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan tiga sungai di Pahang kini berada di paras amaran dengan dua di Kuantan iaitu Sungai Belat di Sri Damai dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi selain Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut.

Netizen juga banyak berkongsi di media-media sosial.

Mereka melaporkan di hantaran post FB antaranya daripada @Qamar Az-Zaiddy   yang menyatakan banjir kedua tahun ini bagi sesetengah tempat di Pahang khususnya di Kuantan. Hujan berterusan & dikhabarkan angin kuat (seakan puting beliung) di sesetengah tempat di Kuantan yang mengakibatkan atap-atap rumah penduduk setempat berterbangan ditiup angin.
Beberapa pokok tumbang juga tumbang.
“Sebab Allah janji dia takkan uji di luar kemampuan kita (Al-Baqarah ayat 286). Kuatkan semangat. Allah bersama kita! Semoga semuanya dibawah lindungan Allah swt ❤️

– -sumber FB

Related Articles

Back to top button