BANGI: Waktu ini (ketika laporan ini ditulis) ialah jam 3:00 petang atau 1500 hrs bagi bahasa jam yang digunakan oleh pasukan beruniform tentera dan juga pihak polis. Pada waktu ini jugalah sudah 12 jam detik-detik akhir untuk kapal selam milik Angkatan Tentera Indonesia itu mampu bertahan.
Jam 03:00 awal pagi tadi ialah tempoh yang dikatakan bekalan oksigen di dalam kapal selam KRI-Nanggala yang berusia 42 tahun itu habis.
Setakat ini tiada sebarang makluman mengenai keberadaan atau penemuan kapal selam milik TNI Angkatan Laut, KRI Nanggala 402 yang dipercayai hilang dari radar pada jam 3:00 pagi waktu tempatan pada Rabu lalu (21 April).
Kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di utara perairan Pulau Bali.
Bukan media sahaja yang menanti kelibat aset ketenteraan Indonesia berkenaan. Malah lebih berat lagi perasaan yqng ditanggung oleh keluarga mereka, sama ada seorang tunangan orang, isteri, anak juga ibu dan bapa 53 kru kapal yang menanti sebuah kepastian yang belum pun kunjung tiba.
Satu pengharapan yang begitu tinggi, disusuli doa untuk kru kapal selam ini untuk pulang dengan selamat.
Salah seorangnya yang menanti penuh debar ialah wanita yang berkongsi di media TikTok baru-baru ini dipercayai suaminya ialah salah seorang kru kapal selam berkenaan.
Hantaran itu dikongsi oleh @megdhi, pada Khamis (22/4/2021) mengenai video dan foto dia bersama suaminya.
Meghdi turut berkongsi satj tangkap layar aplikasi WhatsApp berhubung dirinya dengan suaminya yang silihat memakai pakaian seragam TNI.
“Pesennya Mas apa?” tulisnya.” Jaga kehormatan, jaga kakak, dijaga semua,” jawab @megdhi, menambahkan ungkapan rindu untuk suaminya yang dipanggil “sayang” itu.
Pada 20 April 2021 jam 02.13 pagi suaminya yang berpesan “Kenapa sayang?”, dan oleh @megdhi dijawab “Kangen” pada pukul 03.38.
Namun, pada jam 17:17 minit petang @meghdi mendapati hanya satu blue tick, yang dikesan bermakna mesej berkenaan masih tidak diterima sang suami. Dia kemudian menulis lagi, namun perkara sama yang terjadi, masih tidak dibaca oleh suami. Akhir sekali @meghdi memghantar satu lagi pesanan pada jam 22:27 malam – tiada jawapan, masih hanya satu calitan.
Dua hari lalu, Ketua Staf TNI Angkatan Laut, Laksamana Yudo Margono berkata bekalan oksigen kapal selam Nanggala 402, hanya mampu bertahan untuk tempoh 72 jam lagi, ketika operasi mencari masih belum dapat mengesan lokasi tepat kapal selam berkenaan.
“Dalam kondisi ‘blackout’, KRI Nanggala boleh bertahan 72 jam dengan kapasiti oksigen yang ada, estimasi (dianggarkan) sampai Sabtu,” – Ketua Staf TNI Angkatan Laut, Laksamana Yudo Margono
Beliau berkata demikian dalam sidang media secara Webinar yang turut disiarkan secara langsung menerusi Youtube rasmi TNI (Puspen TNI), pada Rabu. (21 April).
Operasi pencarian kapal selam hilang yang membawa 53 kru di perairan Utara Bali itu jarang berlaku dalam sejarah ketenteraan negara dan ia turut dibantu Singapura, Malaysia dan Australia.