DuniaPalestin

Pejabat media musnah dibedil

The Associated Press, Al-Jazeera, Middle East Eye

GAZA: [VIDEO] Rejim Israel pada Sabtu (16 Mei) telah  melancarkan serangan udara di Menara Al-Jalaa. Menara  bangunan kediaman 12 tingkat  itu juga menempatkan pejabat media Al Jazeera, Associated Press dan media antarabangsa dan tempatan yang lain.

Serangan udara Israel telah memusnahkan salah sebuah bangunan yang menempatkan pejabat media The Associated Press dan Al-Jazeera di Gaza.

Ini menunjukkan betapa pengecutnya zionis terhadap media yang membuat laporan mengenai kekejaman mereka ke atas warga Gaza sehingga sanggup menghancurkan sistem rangkaian telekomunikasi bagi menghalang kerja-kerja petugas media.

Menurut laporan al-Jazeera, tentera Israel memberi hanya masa satu jam kepada mereka dan media lain untuk mengosongkan bangunan di yang dikepung sebelum kemungkinan serangan udara

Wartawan al-Jazeera, Mohamed Moawad berkata pejabat tersebut telah digunakan oleh pihak mereka sejak 15 tahun yang lalu, dan kakitangan tersebut tidak dapat meninggalkan pejabat arkib dan segala peralatan penting.

Israel berusaha menganggu media di Gaza cuba untuk menyekat  kebebasan media untuk melaporkan segala tindak-tanduk dan kejahatan mereka. Menara Al-Jalaa telah musnah sepenuhnya akibat serangan roket rejim Israel.

Berkata kepada Middle East Eye, jurugambarnya Mohammed al-Hajjar, dalam panggilan telefonnya memberitahu dia tertinggal komputer ribanya. Dia hanya sempat mengambil hard drive dan kamera. Keadaan terlalu kelam kabut dan panik dan dia hanya mampu mengambil apa yang perlu sahaja.

Ketika kembali untuk memeriksa apa yang tinggal, hanya runtuhan yang kelihatan.

“Tiada apa yang tinggal hanya memori kami sahaja ”.

Israel dalam satu kenyataannya mendakwa pengeboman ke atas bangunan itu kerana disyaki dimiliki pihak risikan kumpulan Hamas.

Kejadian kejam ke atas wartawan itu ditwit kepada media antarabangsa.

“Sekarang bom sudah  disasarkan ke tempat kami bertugas. Kami berlari dari tingkat 11 , ini sahaja kelihatan (runtuhan), semoga tentera Israel berpatah balik.” –  Fores Akram / Wakil AP di Gaza

Wael Al-Dahdouh,wartawan kanan Al Jazeera di Gaza memberitahu MEE pejabat mereka yang dibom tentera rejim tidak akan sekali-kali menghentikan mereka menyatakan yang benar.

“Pengeboman ini tidak akan menutup kebenaran yang berlaku, atau mendiamkannya.  Sebab apa pun alasan Israel bertindak, kami tegaskan kembali kami akan meneruskan tugas kami, meneruskan tanggungjawab kami memberikan maklumat, walaupun kami harus melakukannya di jalan raya, kereta atau tempat yang lain. Selagi wartawan masih hidup, sihat dan berazam dengan tugasnya, kami akan teruskan misi membuat liputan yang benar, seolah bangunan itu masih teguh berdiri.” – Wael Al-Dahdouh, wartawan kanan Al Jazeera di Gaza

Sebelum dibedil, al Jazeera menghubungi pemilk bangunan Al Jalaa dan pegawai risikan Israel.

Menurut pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Hossam, dia merayu lebih masa diberikan untuk mengeluarkan peralatan dari pejabat bangunan berkenaan.

“Sini tiada `orang jahat’, hanya wartawan. Beri kami lagi 10 minit untuk mengambil kamera.”- Hossam / pemilik bangunan

Namun rayuannya tidak didengari risikan Israel.

“Berbuatlah sesuka hatimu, kami tidak mampu menghentikan kamu. `Hidup’ kami telah tiada, memori semua hilang, kehidupan kami jua, pada Allah kami kembali .” – Hossam / pemilik bangunan

Sementara itu, Ignacio Miguel Delgado, wakil untuk Jawatankuasa Melindungi Wartawan Timur Tengah dan Utara Afrika mengutuk serangan bangunan media di Gaza dan menuntut kebertanggungjawapan pelakunya dan mengheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

‘[Serangan itu]  adalah satu yang mengerikan yang memperlihatkan tentera Israel secara bebas menyerang kemudahan media untuk menggagalkan liputan tentang apa yang berlaku di bumi Gaza dan kesengsaraan penduduk di sana”. –  Ignacio Miguel Delgado / Jawatankuasa Melindungi Wartawan 

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, White House berkata pihaknya sudah berkomunikasi dengan pihak di Israel untuk memastikan keselamatan para wartawan dan media bebas adalah tanggunggjawab tertinggi.

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysiaOleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar
 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button