Mempunyai lapan orang tanggungan, kisah operator kilang ini membuat pegawai MAPIM Malaysia sebak
Sebuah kisah perjuangan
Nilai : Apabila MAPIM Malaysia dan wakil sekolah SMK Taman Semarak sampai ke rumah Roslizam bin Rosli, beliau juga baru pulang dari pejabat Adun Nilai bersama dengan isterinya.
“Kami baru pulang dari mohon bantuan.”
Roslizam bin Rosli mempunyai lapan orang tanggungan dan dua orang anaknya masih lagi perlu menyusu. Beliau pula bekerja sebagai operator kilang dan kini kilangnya ditutup kerana PKP 3.0. Bertambah memeritkan beliau juga pemegang kad OKU kerana sebelah matanya sudah tidak berfungsi. Ini menyukarkannya untuk membuat kerja ‘part time’.
“Kena bayar bil air, api, sewa rumah lagi. Lampin anak dan susu pun perlu juga. Itu yang buat hidup sekarang rasa sempit. Makan pun, kalau ada, ada lah makan. Kalau tak ada, kami ikhtiar lagi,” kata Roslizam dengan suara yang sebak. Mungkin terfikirkan nasib anak-anaknya.
Apabila bercerita tentang pembelajaran online, beliau mengakui anak-anaknya tidak dapat mengikuti pdpr dengan 100 peratus. Ini kerana anak-anaknya hanya mengharapkan telefon bimbit beliau dan isteri. Jadi ada anak-anaknya yang terlepas kelas, dan ada ketikanya data internet tidak mencukupi, dan kadangkala talian internet juga tidak stabil.
“Sekarang ni, hanya saya seorang yang bekerja. Kalau saya tidak ada, wallahualam. Allah sahaja yang tahu nasib keluarga saya,” tambah Roslizam dengan nada suara yang semakin sebak.
Beliau juga merayu kepada ahli-ahli politik supaya menjenguk keadaan rakyat sepertinya. Bukan sekadar berada di tepi pintu, hanya datang apabila pilihanraya, apabila sudah menang mereka hilang entah ke mana.
“Saya merayu bukan untuk diri saya, tetapi untuk jiran-jiran saya, untuk semua penduduk kawasan ini,” tambah Roslizam.
Dalam pertemuan itu MAPIM Malaysia memberikan sumbangan berupa kotak makanan untuk Roslizam sekeluarga.
Menurut Cikgu Farah Faizura, wakil SMK Taman Semarak yang menjadi rakan kerjasama MAPIM dalam kempen kilat kali ini, “Kami berterima kasih kepada pihak MAPIM atas sumbangan ini. Semoga dengan sumbangan ini, akan dapat memberi kelegaan kepada keluarga pelajar sekolah kami dalam mengharungi PKP kali ini.”
MAPIM Malaysia sentiasa berusaha supaya lebih ramai keluarga yang dapat dibantu. Atas kerana itu MAPIM Malaysia mengharapkan sumbangan daripada rakyat Malaysia bagi menjayakan kempen Bantu Ummah yang dilaksanakan oleh MAPIM Malaysia.
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016