Semasa

Maut ketika latihan payung terjun, hilang kawalan

Kementerian tampil penjelasan

PUTRAJAYA : Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam kejadian 5.35 petang 1 Januari 2021,  Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh lagi penerjun Pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melakukan latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata ketika melakukan terjunan, mangsa dikatakan hilang kawalan terhadap payung terjun yang digunakan dan jatuh di sisi bangunan itu.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan kemudian disahkan meninggal dunia 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata latihan Terjun Tapak 2021 ini, dikelolakan pegawai PPj dan ia melibatkan pasukan penerjun dari pelbagai agensi termasuk agensi berkenaan.

“Bagimanapun, pihak penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa termasuk polis ketika latihan diadakan,”  – Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali

Sementara itu, (KPWKM) dalam satu kenyataannya berkata tahap keselamatan telah diambilkira oleh Kementerian bagi acara latihan itu setelah menerima permohonan daripada Perbadanan Putrajaya.

Kementerian juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azuan Taharuddin di atas kejadian itu.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button