Sukan

Messi pecahkan rekod Pele!

Rekod lagenda Brazil lebur

PELE mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi kerana menyamai rekod jaringan bersama kelab tunggal miliknya sambil berkata dia amat mengagumi bintang Barcelona itu.
Messi menjaringkan golnya yang ke-644 bersama Barca ketika menang 3-0 dengan Real Valladolid dalam perlawanan LaLiga.
“Apabila hati anda dipenuhi dengan rasa sayang, amat sukar untuk mengubah haluan,” tulis legenda Brazil itu.
“Seperti anda, saya tahu bagaimana rasa sayangnya untuk memakai baju yang sama setiap hari. Seperti anda, saya juga tahu tiada yang lebih baik daripada tempat yang kita rasakan seperti berada di rumah.
“Tahniah atas rekod bersejarah anda Lionel. Tetapi yang lebih penting, tahniah atas karier terindah anda di Barcelona.”  – Pele
“Kisah seperti kita, tentang menyayangi kelab yang sama buat sekian lama, malangnya ia akan menjadi semakin langka dalam bola sepak.
“Saya amat mengagumi anda, @leomessi.”

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button