SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru kesatuan sekerja di Malaysia menyuarakan pembelaan terhadap nasib pekerja Palestin yang ditindas israel.
Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi, sejak penjajahan israel 1967 keatas Tebing Barat dan Gaza Palestin, israel telah mewujudkan situasi dimana warga Palestin berada dalam keadaan ekonomi tertekan dan mereka bergantung kepada israel.
“Penjajahan israel ke atas Palestin itu telah disalahguna oleh israel untuk menjadikan pasaran buruh Palestin diekploitasi dipelbagai sektor ekonomi israel,” kata Cikgu Azmi.
Israel mendapat dua sumber pekerja Palestin. Pertama warga Palestin yang berada di dalam israel sebagai rakyat dan kedua adalah pekerja Palestin dari kawasan yang ditakluki oleh israel dari pendudukan haram (illegal settlement) di Tebing Barat serta dari Gaza.
Kedua-dua sumber pekerja itu telah dieksploitasi oleh majikan-majikan israel .
Pekerja Palestin yang tidak ada pilihan terpaksa bekerja dalam keadaan mereka ditindas dan hak pekerja dinafi sama sekali.
“Terutama pekerja Palestin yang bekerja membangunkan rumah dan prasarana pendudukan haram oleh fanatik Yahudi diatas tanah Palestin yang dirampas itu sendiri. Pekerja Palestin telah dieskploitasi sepenuhnya oleh majikan israel,” jelas Cikgu Azmi.
Colonial Israeli settlers brutally attack a Palestinian worker in a shop in the occupied Jerusalem. pic.twitter.com/JFCrMdBKjG
— DAYS OF PALESTINEá… (@DaysOfPal) August 21, 2022
Ekonomi kebergantungan Palestin yang sangaja dibangunkan oleh israel ke atas kawasan Palestin yang ditakluki, menyebabkan pekerja Palestin menjadi mangsa kepada israel yang melanggar seluruh undang-undang pekerja antarabangsa, konvensyen ke-4 Geneva dan hak asasi manusia.
Malah, pekerja Palestin yang sukar mendapat permit kerja di israel tidak dapat membawa kes penindasan di mahkamah israel kerana dikhuatiri akan dibuang kerja.
Penaklukan oleh israel telah mengujudkan situasi ekonomi bergantung Palestin kepada israel. Ini bertentangan dengan Artikel 49 selaras dengan Artikel 51 dan 52 dalam Konvensyen ke 4 Geneva 1949 dan prinsip prinsip undang-undang antarabangsa.
Akibatnya, pekerja Palestin adalah rentan kepada polisi haram oleh israel. Pekerja Palestin terpaksa menerima apa sahaja kondisi kerja dan dimana sahaja tempat kerja di israel demi survival hidup mereka.
Israel tidak terikat kepada apa-apa syarat mengenai hak ekonomi, sosial dan budaya (ESCR) atau apa sahaja standard hak asasi manusia. Israel juga tidak terikat kepada undang-undang melindungi pekerja Palestin dari diskriminasi berdasarkan Convention on the Elimination of all Forms of Racial Discrimination (CERD) di wilayah Palestin yang ditakluki oleh israel.
“Puluhan ribu pekerja Palestin di israel kini mengalami penindasan yang sangat ekstrim oleh majikan israel dan tiada mana-mana agensi dunia menyuarakan nasib mereka,” tegas Cikgu Azmi
Dengan yang demikian, MAPIM berpandangan kesatuan sekerja di Malaysia perlu bersuara supaya Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengambil inisiatif mengangkat isu pekerja Palestin di israel.
Kami juga mengusulkan sebuah koalisasi pekerja Malaysia untuk Palestin dan Al-Quds diwujudkan. Dengan platform ini pekerja di Malaysia boleh menyumbang untuk membantu pekerja Palestin semada dari sudut hak mahupun kebajikan serta nasib keluarga pekerja.
MAPIM telah mengambil inisiatif mengujudkan Jaringan Pekerja Malaysia Bersolidariti bersama Palestin dan Al-Quds. Tujuannya ialah untuk mengujudkan sebuah saluran perhubungan pekerja Malaysia untuk menjalinkan hubungan dengan pekerja Palestin.
Sebuah persidangan akan diadakan di Istanbul pada 20 – 21 hb Disember 2022 mengenai pekerja Palestin. MAPIM mengharapkan wakil MTUC dapat hadir bersama.
A Palestinian medical worker was beaten up and violently detained by Israeli forces in occupied East Jerusalem as tensions continue during the month of Ramadan pic.twitter.com/QZ0777ONO0
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) April 29, 2021
Mereka terus ditindas dan dizalimi. Dunia tidak mengendahkan derita yang ditanggung mereka setiap hari.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Bersama kami MAPIM Malaysia untuk membantu mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini