KesihatanSemasa

Letih bekerja di pejabat? Ini tip ‘boost’ hari anda

Mustahil kalau setiap hari dari Isnin hingga Jumaat anda nak ‘Monday Blues’ kan?

Istilah ‘Monday Blues’ ini digunakan untuk seseorang yang rasa letih atau hilang motivasi untuk bekerja ekoran tidak puas menikmati hari minggu.

Tetapi apakan daya, kerja mesti diteruskan demi sesuap nasi.

Oleh itu, apakah cara terbaik untuk dapatkan kembali mood untuk bekerja itu?

Ubah suai meja pejabat

Dalam setahun anda bekerja di sesebuah pejabat, berapa kali anda ubah suai susunan atau hiasan di atas meja?

Kalau anda nak tahu hiasan atas meja atau susunan meja memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat bekerja.

Cuba bayangkan, rumah anda yang mempunyai warna dan perabot yang sama bertahun-tahun, sudah pasti anda sendiri jemu melihat rumah tersebut.

Begitu juga dengan tempat bekerja anda. Apa yang anda lihat di depan mata secara tidak langsung mempengaruhi emosi serta semangat untuk meneruskan 8 jam masa bekerja.

Digalakkan buat anda untuk ubah suai hiasan atau susunan meja 6 bulan sekali. Cuba dahulu, pasti anda akan rasai perubahannya.

Wangian aromaterapi

Setiap individu pasti mempunyai jenis wangian yang diminati. Tidak kiralah bauan jenis bunga-bungaan atau berunsur kayu. Yang penting anda sendiri menggemari bau tersebut.

Jadi apa kena mengena bau dan semangat bekerja?

Bau-bauan yang segar atau wangi ini sebenarnya mampu merangsang deria bau anda sekali gus mengurangkan rasa letih.

Merujuk portal The Asian Parent , aromaterapi atau essential oil ini sebenarnya membantu dalam rangsangan otak yang menjadi pemangkin kepada tindak balas hormon serotonin iaitu hormon yang membuatkan seseorang itu berasa bahagia dan tenang.

Dengar muzik untuk hilang ngantuk

Tahukah anda kajian mendapati mendengar muzik dengan tempo perlahan dan lagu instrumental dapat mengubah mood terutamanya apabila individu itu terlalu tertekan atau sakit.

Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian Journal of Neuroscience, muzik juga membantu individu untuk mempelajari dan mengingat kembali informasi dengan lebih efisien.

Lakukan senaman ringan

Dalam tempoh 8 jam bekerja itu, ambil sedikit masa untuk lakukan senaman ringan.

Senaman ringan dengan menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai boleh membantu menghilangkan rasa ngantuk sekali gus dapat meredakan sakit sendi akibat terlalu lama duduk di kerusi yang empuk itu.

Ambillah sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.

 

Related Articles

Back to top button