KemanusiaanPalestinSemasa

MAPIM & pakatan 17 NGO Malaysia bergabung untuk dana Palestin #MyAqsaDefender

Sasar RM10 juta

GAZA : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM menjadi salah satu daripada pakatan NGO yang bergabung dalam MyAqsaDefender kutipan dana bantuan kepada pemulihan dan pembangunan Palestin bagi jangka masa sederhana dan jangka panjang.

Pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri dalam satu kenyataan media yang dibacakan secara maya di Facebook pada  Siaran Langsung Sidang Media Pelancaran My Aqsa Defender berkata, insiatif ini diambil kerana bagi satu tujuan yang sama, usaha ini difikirkan bertepatan dalam menunjukkan kesatuan ummah membantu Gaza walau dalam platform NGO  masing-masing.

Inisiatif perintis anak muda ini juga sebagai tanda persetujuan mempertahankan kota suci daripada dinodai dengan satu sistem yang strategik dalam satu gabungan yang komited.

Klik https://www.facebook.com/watch/live/?v=485791312839959&ref=watch_permalink

Sejumlah RM10 juta disasarkan oleh semua NGO ini  bagi mencapai dana mencukupi dan berterusan untuk rakyat Palestin.

Setakat hari pertama pelancaran pada 11 Mei lalu,  sebanyak RM1juta telah berkaya dikumpulkan sudah diserahkan bagi tujuan pengurusan kemusnahan terutama klinik-klinik yang musnah dibom.

Malah pada siaran langsung pagi tadi sahaja sejumlah RM200,000 diterima daripada penginfak yang menyertai forum berkenaan.

“Dana RM1 juta sudah dihantar ke klinik Al Aqsa yang terjejas dan stok perubatan rawatan kecemasan seperti ventilator dan sebagainya. Bantuan kewangan kepada para Murabithun, bayaran guaman bagi mereka yang dipenjarakan dalam tragedi di Aqsa dan juga Sheikh Jarrah serta bantuan jangka panjang lain.” – Pengasas Cinta Gaza Malaysia / Nadir Al Nuri

Nadir dalam pada itu berkata, tarikh ini adalah tarikh signifikan kerana tercetusnya Peristiwa AnNakbah, dan disifatkan satu kemenangan bagi Israel maka tarikh ini diharap jadikan satu kekuatan dan perjuangan kepada rakyat Palestin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata semua ummah perlu bangkit, dan menjemput seluruh aktivis untuk bumi Palestin dengan kepakaran mereka yang tersendiri, antaranya melalui media.

Beliau mengucapkan tahniah kepada selebriti tanah air dan pendakwah terkenal serta orang ramai yang disifatkan beliau sebagai berani dalam mempertahankan Al Quds secara `serangan’ di alam maya dengan memaparkan #shameonisrael atau #koyakisrael.

“Jangan kita tunggu Ramadan saja menunggu sumbangan kita, kerana ramai di bumi Palestin hilang tempat berteduh yang ada RM1, atau RM1,000 berilah dan kami semua akan membuat sidang media kemudian untuk memberitahu ke mana semua bantuan ini akan disampaikan” – Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery

Sejumlah 17 NGO menyatakan persetujuan dalam gabungan #MyAqsadefender ini antaranya:

MAPIM, Cinta Gaza Malaysia, Global Peace Mission, Malaysia for Syria, Iman Care, One Nation, Murtada Dakwah  Centre dan Cinta Syria Malaysia.

Turut bersama ialah Muslim Volunteer Malaysia, ABIM , Serantau Muslim, Warga Cakna.

Manakala selebriti yang menyertai MyAqsaDefender antaranya Fedtri Yahya, Heliza dan Hazwani Helmi, Into Taqwa, Mizz Nina dan Noh, Faisal Tahir.

Bagi selebriti Fedtri Yahya, perjuangan ini bukan setakat pembebasan AlQuds, tetapi juga demi akidah ummat Islam. Jihad katanya perlu ada strategi dan juga mempunyai iman dan berhemah.

“Nak berjuang tapi senjata tumpul, nak berjihad perlu ada strategi. Jihad bukan sebarang jihad, jihad dengan ilmu dan iman inshaa Allah berfakta akan diberkati Allah dan diterima Allah. Walaupun berbahasa puisi, tetapi apa yang hendak disampaikan, saya tidak tidur malam, memikirkan apa yang berlaku di sana, semua diharap teruskan menyokong apa yang membawa manfaat kepada ummah, bagusnya ada PKP ini semua ingin mengetahui apa yang berada di Al Quds ”- Fedtri Yahya / Selebriti ummah

Wakil Warga Cakna, Dr Suhazeli Abdullah pula yang telah memanfaatan diri menyertai perjuangan untuk Palestin dan Gaza  sejak tahun 2006 lagi menyambut baik usaha ini. Katanya, dalam penderitaan yang dilalui rakyat Palestin rakyat Malaysia perlu bersama-sama menyumbang  dan inilah peluang yang kini dibuka.

Usaha perintis NGO muda ini perlu diberi sokongan demi untuk ummah di Palestin.

“ Gaza dan Palestin adalah hati umat Islam tercetus saja sesuatu di Palestin, menyebabkan jantung umat Islam dinodai dan dikacau. Kita di Malaysia dan di seluruh dunia yang ada iman dan hati, maka akan terdetik sama. Isu Palestin bukan isu agama tapi isu kemanusiaan sejagat yang penting dana oleh NGO-NGO ini seperti yang diberikan akan dapat menyampaikan bantuan diperlukan. Semoga Palestin diberi kekuatan! ” – Dr. Suhazeli Abdullah / Pengerusi Warga Cakna

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza  ATAU  menerusi Akaun Maybank  DANA MAPIM : 5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)  atau Whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button