GAZIANTEP: Aktivis MAPIM Malaysia bersama wakil GISB telah tiba di kem Malaysia Insarag di Nurdagi dan menyertai baris pagi serta taklimat penugasan pasukan SAR MAS-01 & MAS-10 pada Isnin.
Kemudian, seramai 145 anggota pasukan mencari & menyelamat SAR dihidangkan dengan sarapan pagi homemade roti canai, karipap & teh tarik yang telah disediakan oleh wakil GISB.
Turut hadir adalah Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, DCP Datuk Mohd Khairi bin Khairudin, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Muhammad Fauzie Ismail Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (NADMA) yang meluangkan masa mengunjungi kenderaan Motorhome milik GISB.
“Beberapa hari ini saya telah membantu mengurus ketibaan pasukan tambahan SAR dari Malaysia dalam usaha membantu rakyat Turkiye yang ditimpa bencana gempa ini. Saya dapati kerjasama pasukan SMART, NADMA dan juga pasukan perubatan ATM memang erat dengan pasukan tempatan. Ini contoh yang baik dalam usaha kita membantu negara sahabat kita iaitu Turkiye yang amat memerlukan sokongan negara luar,” kata Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Turkiye.
Sebelum itu, MAPIM Malaysia telah menyerahkan sumbangan beberapa unit alat pemanas kepada pasukan SAR Malaysia bagi memastikan keselesaan mereka berehat dalam cuaca yang amat sejuk di bawah paras -7C ketika ini terutamanya di sebelah malam.
Temubual bersama PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Naib Presiden MAPIM Malaysia yang menyantuni Wira Negara di kem Nurdagi pada Isnin https://t.co/1BfjKNK0DQ pic.twitter.com/5hjLB5jlbb
— Adli Effendy (@adlieffendy) February 13, 2023
Pasukan MAS-01 dengan kerjasama penyelamat tempatan telah berjaya menemui dan mengeluarkan 2 lagi mangsa di bawah runtuhan bangunan dengan menggunakan peralatan memecah serta memotong serta bantuan excavator pada hari ini.
BACA JUGA
Gempa Turkiye: Cuaca semakin sejuk, alat pemanas diedarkan
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia