MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers kerah tenaga beri bantuan ke Pahang
SEPANG : Banjir yang berlarutan sejak 17 Disember telah menyebabkan ramai penduduk yang terjejas dan ada antara mereka yang terperangkap dalam kesejukan dan tiada sumber makanan. Di saat ini juga masih ramai yang sedang menantikan bantuan.
Hari ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan MAPIM Rangers meneruskan misi bantuan kecemasan banjir di Pahang.
Konvoi yang diketuai oleh penyelaras MAPIM Rangers, Mejar Azari membawa 654 kotak pek makanan, 200 biji bantal, 30 unit toto, 200 pek hygiene dan kelengkapan mencuci rumah iaitu 17 unit water pump dan sebuah boat dan mereka selamat tiba pada jam 3 petang seperti dirancangkan.
Menurut tinjauan sukarelawan MAPIM Malaysia, keadaan banjir di Pahang masih belum surut dan sesetengah rumah masih tenggelam, sukarelawan MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers perlu menelusuri dengan berhati-hati pinggir Sungai Pahang yang terjejas di sekitar Paloh Hinai – Pekan.
“Keadaan semasa di pekan, air surut dengan perlahan dan banyak lagi kawasan belum surut sepenuhnya walaupun sudah hampir seminggu mereka dilanda banjir. Kedudukan geografi di Pekan Pahang menjadikan tempat ini kawasan terakhir laluan air banjir dari Mentakab, Karak dan Bentong, sebelum mengalir ke laut,” lapor sukarelawan MAPIM Malaysia.
Misi ini dijalankan selama tiga hari dan bantuan akan disalurkan ke kawasan yang terputus bekalan seperti Kampung Ganchong, Tanjung Medan kawasan Hulu, Kampung Salong Mambang dan Temai Padang Rumbia.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Proses unloading barang bantuan. Barang2 ditempatkan di pusat pengumpulan sementara di dewan SMA Al Attas, pekan, pahang
KG GANCHONG, TG MEDANG KAWASAN HULU, SALONG MAMBANG, TEMAI PDG RUMBIA.