Semasa

Pemandu treler langgar perancah besi SUKE, positif dadah

Positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan pemandu van kilang, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, patah tulang bahu kiri, bengkak pada paru-paru dan mengalami pendarahan dalaman.

“Dua lagi penumpang van terbabit, iaitu Zaitun Zainal, 54, cedera kaki kiri, manakala Zakiyyah Yakop, 51, pula cedera betis kiri.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah Nurina Edwin Abdullah, 47, dan Norhayati Abdullah, 42,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiba di lokasi, ia melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki menyebabkan rusuk keluli bersama perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2.

Runtuhan itu kemudian menghempap van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Ketika kejadian, van itu dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang Sensata Technologies, USJ 1.

“Pemandu treler itu ditahan dan akan direman mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 

Related Articles

Back to top button