Shah Alam : Walaupun air banjir sudah surut di sesetengah kawasan, tetapi keperluan bagi membantu mangsa banjir tidak pernah surut.
Ini kerana mereka kini umpama hilang segala-galanya akibat banjir yang memusnahkan keperluan asas bagi meneruskan hidup seperti biasa.
MAPIM Malaysia menerusi CEO yang juga merupakan Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery telah menyumbangkan 100 buah kotak makanan, 16 buah tilam (toto), bantal, 32 unit, susu kambing Rahmat 24 kotak dan lampin pakai buang ( dewasa + bayi ), 20 pek kepada mangsa banjir di pusat pengumpulan barangan bantuan Masjid Al Falah USJ 18, Shah Alam, Selangor.
Selain menjadi pusat pengumpulan barangan bantuan, Masjid Al Falah turut menjadi Pusat Pemindahan Sementara mangsa banjir, yang terdiri daripada 58 buah keluarga, kebanyakannya adalah penduduk Kampung Tengah Puchong.
Sumbangan itu telah diterima sendiri oleh Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir yang mewakili Masjid Al Falah. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Mapim Malaysia yang banyak membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, “Kita di MAPIM sentiasa 24 jam bekerja bagi membantu dan meringankan beban mangsa bencana banjir ini. Kami sedar, beban yang ditanggung mereka tidak terungkap dengan kata-kata, tetapi kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Sumbangan ini semua juga datangnya daripada rakyat Malaysia sendiri yang dermawan.”
Tambah (Dr.) Sani lagi, beliau sudah mengaktifkan Emergency Response Desk MAPIM untuk bantuan kepada tujuh negeri. Atas tujuan itu, beliau mewakili MAPIM Malaysia merayu sumbangan terus rakyat bagi sama-sama membantu mangsa banjir.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038