Semasa

Pesta bintang di langit Ramadan ini

Keindahan fenomena supermoon dan meteor

Umat Islam amat bertuah pada Ramadan kali ini apabila dapat melihat dua kejadian fenomena alam kebesaran Allah pada bulan yang suci ini. Fenomena itu ialah  Super Moon dan Pesta Hujan Meteor, satu kurniaan  Allah kepada penghuni Bumi.

Fenomena Eta Aquarids yang dikatakan jarang berlaku dapat disaksikan pada 19 Mei sehingga 28 Mei depan.

Menerusi perkongsian Facebook Planetarium Negara, hujan meteor Eta Aquarids itu sudah pun mula aktif, namun kemuncaknya ialah pada semalam sehingga 7 Mei ini. (esok)

Planetarium Negara turut berkongsi fakta mengenai meteor dalam hantarannya.

Sementara itu, Penggiat astronomi turut berkongsi garapan yang diperolehi beliau. Berikut perkongsi oleh @Sagitarius Adeqz

Sementara itu, pada 28 April lalu momen Super Full Moon juga berjaya dirakamkan oleh para pencinta astronomi.
Antaranya oleh halaman Falak Online yang berkongsi fenoma alam itu minggu lalu.
“Alhamdulillah menunggu sikit punya lama, akhirnya awan bergerak juga dan dapat merakam momen Super Full Moon atau Bulan Penuh Perigee lewat tengah malam tadi.”

Dalam perkembangan yang berkaitan ilmu falak serta bidang astronomi dalah ilmu yang penting dalam Islam. Bagaimanapun ketika ini kefahaman masyarakat mengenai ilmu falak adalah dengan hanya melihat anak bulan bagi penentuan kedatangan Ramadan dan Syawal.  Sebenarnya peranan ilmu falak begitu luas kerana ia menyediakan alamat, petanda dan petunjuk bagi menghadapi fenomena alam yang sentiasa berubah-ubah.

Ilmu falak juga didapati semakin ditinggalkan hingga pengamalnya semakin berkurangan meskipun ia mampu mempersiapkan umat Islam untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa.

Memetik Berita Harian, secara ringkas ilmu falak ialah ilmu yang mengkaji asal-usul, pergerakan dan sifat objek samawi serta alam semesta.  Imam al-Qazwini ialah ulama terkenal dalam ilmu falak di dunia Islam hingga ke alam Melayu. Antara karya beliau yang masyhur termasuk Aja’ibul Makhluqat Wa Ghara‘ibul Maujudat yang bermaksud Keajaiban Segala Makhluk dan Keunikan Segala Yang Wujud.

Manakala anak tempatan ialah ulama terkenal Pulau Pinang, Allahyarham Abdullah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdullah Fahim antara pakar dalam bidang falak. Antara sumbangan besar beliau adalah memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh keramat kemerdekaan negara. Menurutnya, 31 Ogos 1957 dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘tahun baik datang kepada kita’.

Ahli Falak bakal bergabung sekali pada minggu hadapan bagi penetapan tarikh 1 Syawal untuk melihat pada 12 Mei depan.

Related Articles

Back to top button