PalestinSemasa

Keganasan zionis israel semakin memuncak terhadap Palestin

HUWARA: Awal bulan ini, peneroka haram israel telah membakar bandar Huwara, di Palestin, berhampiran Nablus, menyebabakan ramai terkorban, berpuluh-puluh cedera dan banyak rumah serta perniagaan telah dirosakkan.

Sejak itu, terdapat serangan berterusan ke atas bandar dan kawasan jiran.

Kini, mereka lebih mengganas lagi apabila membunuh rakyat Palestin yang asal, merobohkan rumah-rumah kediaman, merampas tempat perniagaan dan kebun-kebun yang dimiliki sejak turun-temurun selama beberapa abad.

Pada tahun 1948, Peristiwa Nakba, lebih 450 kampung dan bandar Palestin telah dihapuskan dari peta oleh zionis israel dan mengakibatkan 800,000 rakyat Palestin telah diasingkan serta kehilangan tempat tinggal.

Sememangnya pembunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Deir Yassin dan Tantura kekal dalam ingatan kolektif Palestin.

Dalam dekad selepas Peristiwa Nakba, pemusnahan kampung Palestin terus dilakukan oleh rejim israel. Pada tahun 1967, apabila ia menakluki Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, lebih banyak kampung telah dihapuskan dan sekali lagi ratusan ribu rakyat Palestin telah dihalau keluar dari situ.

Penduduk Palestin kini kehilangan tempat tinggal kerana rumah-rumah mereka telah dirobohkan serta tanah mereka dirampas oleh zionis israel. Bukan itu sahaja, mereka juga telah kehilangan ahli keluarga akibat serangan kejam tentera israel.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button