MAPIM ke Palu rasmi 4 masjid JAKIM sumbangan rakyat Malaysia
Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
PUTRAJAYA : Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam misi kemanusiaan Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Menteri ke Palu, Indonesia. Rombongan disertai oleh 13 anggota delegasi daripada wakil MAPIM, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).
Majlis pelepasan misi ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff pada petang Jumaat di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Misi bantuan Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Menteri ini bermula pada 8 Oktober 2022 sehingga 11 Oktober 2022 di Palu, Indonesia dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said selaku Ketua Delegasi mewakili JAKIM dan Pejabat Yang Berhormat Menteri Agama.
Tujuan utama misi ini adalah bagi merasmikan 4 buah masjid yang dibangunkan semula selepas bencana 2018 menerusi sinergi 13 agensi dibawah YB Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Menurut Datuk Hajah Hakimah, JAKIM sebagai agensi pusat bersama agensi-agensi di bawah Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berjaya membuat kutipan sumbangan misi bantuan kemanusiaan untuk dihantar ke palu berjumlah RM1 juta bagi pembinaan semula 4 buah masjid yang musnah dalam kejadian tsunami dan gempa bumi pada 2018 yang lalu.
“4 buah masjid telah berjaya dibangunkan dengan kerjasama MAPIM dan JAKIM iaitu 2 masjid di Balaroa, 1 masjid di Boyaoge dan 1 lagi masjid di Tondo ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Ahmad Sani bin Dato’ Abdul Alim Araby selaku Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia.
Ketua Pengarah JAKIM berkata mereka juga mempunyai perancangan jangka masa yang akan datang dengan harapan dapat meneruskan usaha ini dengan kerjasama serta bantuan daripada MAPIM dan juga agensi-agensi yang lain.
Selain itu, JAKIM juga telah membuat persediaan dengan membuat tabung Skuad Musaadah untuk membantu masyarakat dalam negara saat berhadapan musim banjir ini.
Beliau juga berharap, masjid-masjid yang dibina ini dapat diimarahkan dengan sebaik mungkin dan penduduk di sana dapat melakukan ibadah serta aktiviti kemasyarakatan bersama-sama.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038