HiburanSemasa

MAPIM gesa LPF semak semula filem Pulau

SHAH ALAM: Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi menggesa lulus tayang sebuah filem berjudul ‘Pulau’ disemak semula.

Menurut Cikgu Azmi melalui kenyataan medianya, dari sedutan filem tersebut di youtube, jelas menampakkan banyak adegan tidak senonoh yang akan disajikan kepada penonton dan sama sekali tidak sesuai ditonton segenap lapisan masyarakat.

Cikgu Azmi, Presiden MAPIM & Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara


“Kami mempersoalkan kenapa filem ini diluluskan untuk ditayang bermula 1 Mac.
Bagaimana pihak penapisan filem tersebut telah meluluskan filem ini?,” soal Cikgu Azmi

Tambah Cikgu Azmi lagi, pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlu menyemak semula kelulusan yang diberi.

“Kami membantah sebarang bahan media yang menonjolkan unsur kelucahan melampau yang bercanggah dengan Rukun Negara berkenaan kesopanan dan ketatasusilaan,” tegas Cikgu Azmi.

 

Pada ruangan komen sedutan filem itu juga, rata-rata netizen memberikan pendapat sama tentang kandungan yang bakal dipertontonkan kepada penonton kelak.

Malah menurut netizen, tayangan filem itu nanti dibimbangi akan mencalarkan kredibiliti barisan pelakonnya yang sebelum ini dikenali sebagai bermoral dan mempunyai akhlak baik yang tinggi.

Filem ‘Pulau’ terbitan My Way Pictures, Filmforce Studio & WebTVAsia bergenre Supernatural Thriller itu dijadualkan memulakan tayangan di beberapa panggung tempatan pada 9 Mac akan datang.

BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button