MAPIM dapat pengiktirafan CDERT
Hasrat tambah lagi sukarelawan remaja dan golongan profesional
BANGI 8 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia menyeru golongan profesional untuk menyertai Pasukan Kecemasan Pertahanan Awam MAPIM, CDERT MAPIM dalam usaha membantu APM berkhidmat kepada masyarakat Malaysia, terutama dalam kejadian bencana.
Setiausaha Agung MAPIM, Mejar ZulHanis Zainol, berkata MAPIM sangat menyokong usaha APM itu setelah mendapat kelulusan menyertai CDERT pada 5 April lalu.
Ketika ditemuramah, Mejar Zul Hanis menzahirkan rasa bersyukur dengan kelulusan permohonan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) MAPIM dan telah menyusun beberapa perancangan bersama pihak APM dalam melahirkan lebih ramai sukarelawan baharu.
“Ia bertepatan dengan gerak kerja MAPIM dan selaras dengan apa yang diusahakan oleh pihak MAPIM. Kita dapat bergerak seiring dengan mereka demi menyantuni masyarakat dengan skala yang lebih besar dan hubungan ini dapat manfaatkan lebih ramai masyarakat setempat bersama-sama mengembeling tenaga memperluaskan bentuk bentuk bantuan kita boleh salurkan,” – Setiausaha Agung MAPIM / Zul Hanis Zainol
Tambah beliau, mereka amat mengalu-alukan golongan remaja, profesional dan ramai lagi untuk bersama-sama menyumbang tenaga dalam membantu masyarakat setempat.
Setakat ini, seramai 17 wakil dari MAPIM telah ditauliahkan untuk menggerakkan bantuan MAPIM bersama anggota APM berhasrat untuk memperluaskan lagi mengikut kepada kesesuaian gerak kerja.
“Sudah pasti masa akan datang MAPIM akan menyusun aktiviti bersama APM bagi mengembeling tenaga dengan usaha dan bantuan yang boleh kita gerakkan dalam menyantuni ummah” – Setiausaha Agung MAPIM / Mejar ZulHanis Zainol
Baru-baru ini Mejar Zul serta beberapa pimpinan tertinggi MAPIM, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Bendahari, Kapten Faris Hussain hadir pada sambutan ulang tahun APM ke-69 di Sungai Merab, Kajang.
MAPIM mengucapkan tahniah atas ulang tahun APM ke-69, yang menunjukkan satu usia yang sangat matang dari sudut komitmen dan peranan dalam membantu masyarakat pada saat masyarakat sangat memerlukan bantuan.
Sambutan yang bertemakan Perlindungan Awam Mapan Menyelamatkan Ekonomi Negara, pada Rabu (24 Mac) itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk rekod CDERT ditubuhkan di bawah Jabatan Pertahanan Awam, pada 16 Mac 2006.
Selaras penubuhannya, agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun disaran menubuhkan pasukan CDERT sendiri untuk membantu mengurangkan kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal.
Kesiapsiagaan terhadap sesuatu kecemasan diperingkat awal akan memberi “precaution atau preventive measure” yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan demi jaminan “survival” agensi mereka.
Banjir yang melanda negeri Pahang sebelum ini. – PahangMedia
Penubuhan CDERT ini di agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun terpilih akan dapat membantu Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmatan Pertahanan Awam.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar