Covid19Sukan

Manusia terpantas dunia disahkan positif Covid-19

Sambut hari lahir seminggu sebelumnya, dihadiri ramai tetamu

Jaguh pecut, Usain Bolt disahkan positif COVID-19 selepas seminggu majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Majlis itu dikatakan dihadiri oleh ramai tetamu dan mereka dilihat tidak memenuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk tidak memakai pelitup muka.
Memetik laporan Reuters, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu pada Isnin.
Bolt yang merupakan pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter dan 200 meter itu kini menjalani proses kuarantin di rumahnya.
Bolt berkata, dia melakukan ujian saringan sehari selepas sambutan ulang tahunnya.
“Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitternya.

sumber:@usainbolt

Dia yang juga pemenang lapan pingat emas Olimpik berkata, dia tidak mengalami sebarang gejala wabak tersebut, termasuk masalah pernafasan.

 

Untuk rekod, kes harian COVID-19 di Jamaica meningkat kepada lebih 60 kes sehari sejak empat hari lalu, berbanding kurang 10 kes beberapa minggu sebelumnya.

 

Pegawai Kesihatan negara itu menyifatkan, ia berpunca daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa serta sambutan hujung minggu sempena Hari Kemerdekaan negara itu.
Sehingga hari ini, Jamaica merekodkan 1,612 kes positif COVID-19 dengan 622 kes aktif serta 16 kematian-AGENSI.

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button