MELAKA: Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 250 orang membabitkan 66 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 179 orang daripada 53 keluarga, 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan, seramai 193 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah manakala 57 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Melaka Tengah.
Menurut kenyataan itu, antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Pengkalan, Taman Sri Bayu 2, Kampung Panchor dan Kampung Beringin manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis.
Banyak kawasan di Johor, Melaka, Pahang dan Kelantan telah dinaiki air, banjir kilat selepas hujan lebat beberapa jam, petang semalam. Pihak APM, bomba dan lain-lain telah menyalurkan bantuan dan menempatkan mangsa terjejas di PPS. pic.twitter.com/DJSErnriGq
— Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) October 27, 2022
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038