DuniaPalestinSemasa

Mahu burukkan Hamas, bekas Menteri Pertahanan Israel tersilap hospital

Hospital Shifa di Pakistan dikatakan hospital di Gaza

BANGI : Silap percaturan !

Bekas Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennett, menyebarkan video berdurasi dua minit di laman ‘Facebook’ beliau sambil membuat pengakuan menunjukkan gambar Hospital Al Shifa di Gaza, yang didakwa menjadi markas melindungi Hamas.

Bagaimanapun video itu yang telah menerima lebih 150,000 tontonan nyata memaparkan hospital Shifa yang salah.

Video tersebut dimuat naik Bennett pada 20 Mei lalu dipaparkan sebagai  membalas kritikan Bella Hadid, John Oliver, dan Trevor Noah yang mengutuk tindakan Israel membunuh orang awam Palestin.

Namun begitu, gambar yang diambil dari ‘Google Maps’ sebaliknya menunjukkan Hospital  Antarabangsa Shifa di Islamabad, Pakistan, lapor TRT.

Gambar ‘Google Maps’ hospital di ibu kota Pakistan. Sumber dari AFP.

Wartawan yang berpusat di Islamabad, Waseem Abbasi setelah membuat pemeriksaan fakta kemudian  menyatakan di ‘twitter’ beliau:

“Pemeriksaan fakta: Bekas Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennett menggunakan gambar hospital Shifa Antarabangsa Islamabad dan mengatakan ia menyembunyikan pengganas, Tuan kita tahu @ShifaCares adalah kemudahan penjagaan kesihatan bukan  `syura’ pengganas. Harap “fakta” anda yang lain bukan juga yang palsu.” – Waseem Abbasi / Wartawan

Seorang lagi pengguna media sosial dipercayai petugas di Hospital Shifa di Pakistan turut memaparkan di tweet berhubung tuduhan Bennett itu.

“ Saya bertugas di Hospital Antarabangsa Shifa dan ia terletak di Islamabad. Sepatutnya anda Google lah dulu”

Hospital terbesar di Semenanjung Gaza, Al- Shifa adalah hospital yang merawat ratusan mangsa yang cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza baru-baru ini yang mengakibatkan seramai lebih 200 orang terkorban majoritinya kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kesilapan hospital oleh bekas Menteri Pertahanan Israel, kiri – Hospital Antarabangsa Shifa, Paksitan dan kanan- Hospital Al-Shifa, Gaza.

Israel sekian lama mendakwa Hamas bersembunyi di belakang kemudahan awam, seperti hospital dan sekolah, lapor AFP.

***************************

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik : http://tabunggaza.com

Atau menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button