DuniaEkonomiSemasa

Trafik lancar di lebuh raya utama

Tiada cubaan untuk untuk balik ke kampung halaman

BANGI: Melihat pada peningkatan angka COVID-19 dengan jangkaan lebih 8,000 kes pada pertengahan Mei, kerajaan telah mengumumkan penutupan sektor sosial dan ekonomi atau `lock down’ yang akan dilaksanakan sekali lagi di Malaysia. Dalam Fasa pertama selama 14 hari, bermula Selasa pada 1 Jun depan.

Jika  terus dibiarkan, ia bukan sahaja melumpuhkan insitusi kesihatan negara malah akan meletakkan setiap rakyat Malaysia dalam risiko. Namun setakat ini, tiada lagi cubaan untuk pulang ke kampung halaman akibat daripada “Lockdown” atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat jam 11.00 pagi  ini. Trafik dilaporkan bergerak lancar di Sungai Buloh, Damansara, Simpang Empat ke Pedas Linggi, Tangkak ke Jasin seterusnya ke Bidor dan Sungkai buat masa ini.

ALIRAN trafik masih terkawal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan ketika tinjauan sekitar jam 11.00 pagi pada hari ini . – NSTP/Abdullah Yusof

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik juga lancar di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dari arah Bentong ke Bukit Tinggi dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 susur masuk ke Plaza Tol Kuala Terengganu.

“Aliran trafik di LPT 1 di kedua-dua arah setakat ini dilapor lancar dan trafik dijangka meningkat pada sebelah malam,” katanya.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM

 

Related Articles

Back to top button