DuniaKemanusiaanPalestin

Tangkapan rawak pemuda Palestin

800 jadi sasaran operasi polis Israel

LOD :  Walaupun gencatan senjata dicapai, ratusan rakyat Palestin masih lagi di dalam cengkaman Yahudi. Di Tebing Barat masih lagi berlaku tindakan menangkap pemuda Palestin dalam operasi besar-besaran polis Israel. Perbuatan itu dilakukan di dalam kawasan Israel mahupun,  di wilayah Palestin.

Isnin lalu, polis Israel menyangkal bantahan operasi penangkapan yang dilakukan. Sebaliknya tindakan mereka itu ialah sebahagian daripada Undang-Undang dan Perintah Operasi susulan demonstrasi yang dilakukan penduduk Palestin terhadap penindasan Israel di Baitul Maqdis, Sheikh Jarrah dan Gaza.

Demonstrasi itu berpunca daripada tindakan kejam seorang warga Israel yang menembak secara rambang hingga mengorbankan seorang lelaki berusia 31 tahun, Hassouna Moussa, yang tegas menyuarakan kebencian beliau terhadap Israel.

Rakyat Palestin berarak mengusung jenazah mangsa tembakan pengganas Israel

Pasukan polis Israel melancarkan operasi penangkapan besar-besaran dalam masa 48 jam di seluruh kawasan yang mensasarkan rakyat Palestin bagi memenuhi matlamat mereka untuk menebus ‘kesengsaraan’ rakyat Israel yang terkesan dengan kezaliman kerajaan mereka sendiri terhadap rakyat Palestin.

Rata-rata di laman sosial bahasa Ibrani, melaporkan operasi ini dipersetujui oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Amir Ohana dan disahkan Pesuruhjaya Polis Mejar Jeneral, Kobi Shabtai.

Ribuan polis Israel diarahkan untuk menangkap sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin.

Tular di media sosial video seorang polis Israel menahan dan mengepung warga Palestin di sekitar Lod, sebuah kota bersejarah Palestin yang kini dibawah jajahan rejim Israel.

Media Ynet melaporkan pasukan polis Israel dengan berani bertindak menahan rakyat Palestin dengan alasan berkemungkinan setiap daripada mereka adalah penjenayah.

Selain itu, Pejabat Peguam Negara Israel mengajukan kira-kira 140 dakwaan di semua daerah sekitar Lod termasuk remaja dan kanak-kanak Palestin atas tuduhan rusuhan.

Aktivis dan pasukan hak asasi Palestin lantang membidas dakwaan rawak itu dan menganggap pihak berkuasa Israel sengaja menghukum dan menekan rakyat Palestin yang mengambil bahagian dalam demonstrasi aman itu.

“Kempen penangkapan besar-besaran yang diumumkan polis Israel malam Isnin (24 Mei 2021) adalah perang ketenteraan terhadap warga Palestin,” – Dr Hassan Jabareen, Pengarah Umum Pusat Undang-Undang Hak Minoriti Arab di Israel

Tambah Jabareen, ini adalah perang menentang suara Palestin, aktivis politik dan hak kanak-kanak bawah umur.

Tindakan polis Israel menyerang rakyat Palestin sehingga menyerbu rumah-rumah mereka, jelas dengan tujuan membalas dendam terhadap serangan tindak balas yang berlaku baru-baru ini antara Israel dan Hamas.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_____________________________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button