MAFI sedia bantu golongan petani
PASIR PUTEH : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah membincangkan penggunaan dana bencana bagi membantu petani yang terkesan akibat banjir tahun ini.
Bagaimanapun, timbalan menteri itu, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, menyatakan bahawa tiada peruntukan atau jumlah tertentu telah ditentukan.
“MAFI sememangnya mempunyai kalendar tahunan untuk menangani topik sebegini dan kami juga telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku banjir dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Prihatin MAFI di Pejabat Pertanian.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail turut hadir.
Nik Muhammad Zawawi berkata MAFI sentiasa bersedia membantu petani yang ditimpa musibah bagi menjamin kehidupan mereka tidak terganggu dan mereka tidak terpinggir.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah memberikan kira-kira RM5.6 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan tahun ini dengan 17 projek pembangunan di negeri itu.
Beliau menyatakan bahawa dana itu akan membantu 4,142 petani dalam menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti tinggi serta mengurangkan kos sara hidup mereka dan menjana pendapatan.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM