Lelaki 52 tahun berjalan 6,500 km demi ibadah Haji
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
LONDON : Seorang lelaki British yang beragama Islam yang berasal dari Iraq-Kurdish dengan menolak troli seberat 250 kg dari UK ke Arab Saudi bagi menunaikan haji tahun depan.
Adam Mohammed, 52, dalam perjalanan sejauh 6,500 km dari Wolverhampton ke Mekah dan setakat ini telah sampai ke Belanda. Mohammed dijangka melakukan perjalanan melalui Jerman, Czech Republik, Bulgaria, Turki, Syria sebelum sampai ke Jordan di mana dia kemudian akan melintasi sempadan ke Arab Saudi.
Setakat ini, Adam sudah sampai ke Belanda dan akan melalui Jerman, Republik Czech, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan. Perjalanannya adalah sekitar 6,500 km dan dia berjalan rata-rata 17.8 km setiap hari.
“Suatu hari saya baru bangun dan saya berkata saya akan berjalan untuk menunaikan Haji, menuju ke Mekah dan berdoa sepanjang perjalanan memohon agar Allah memberi kita rahmat dan mengampuni segala dosa kita, kita semua adalah satu bangsa, atau satu identiti, atau satu kepercayaan, ”kata Mohamed kepada akhbar Saudi, Arab News.
Sambil berjalan Adam turut berzikir dan mengaji Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pembesar suara, dengan niat untuk menyebarkan pesanan kasih, damai dan kesamaan.
Troli ini juga akan menjadi tempat untuk Adam berteduh dalam cuaca panas atau sejuk untuk setahun berikutnya sehingga dia selesai menunaikan ibadah haji.
Ketika dalam perjalanan, ramai yang datang berjumpa dengannya untuk beri penghormatan dan memberikan makanan setiap hari, ada juga yang memberikan wang dan ada yang sudi teman tinggal bersama di dalam troli tersebut.
Sementara itu, GoFundMe menjalankan insiatif mengumpulkan wang sumbang untuk “Peace Journey from UK to Makkah” dan berjaya mengumpulkan hampir £ 30,000 (RM 170,894), melebihi sasarannya hanya £ 1,000.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar