Lebih sejuta bungkus juadah berbuka puasa disediakan di Masjidil Haram
RIYADH : Sepanjang 10 hari pertama Ramadan, sebanyak sejuta bungkusan makanan telah diagihkan kepada jemaah di Masjidil Haram di Mekah bagi berbuka puasa.
Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), makanan berbuka puasa telah disediakan melalui kerjasama beberapa pertubuhan amal dan agensi kerajaan untuk diedarkan kepada jemaah.
Ketua Jabatan Pekarangan di Masjidil Haram, Musa Muhammad Al-Kiyadi memaklumkan seramai 100 pekerja ditugaskan untuk memantau ibadah berbuka puasa di perkarangan masjid itu.
Menurutnya, pek makanan berbuka puasa mengandungi air, buah kurma, jus, kek dan pastri diagihkan setiap hari oleh 8,000 pekerja yang bertugas.
Mengulas lanjut, Musa berkata sebanyak 10,000 iftar sofra (hamparan) yang setiap satunya sepanjang 12 meter, dibentangkan di perkarangan masjid.
“Iftar sofra itu diletakkan dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan dan mengambil kira laluan serta kapasiti dari segi kesesakan jemaah, kenderaan perkhidmatan dan skuter mobiliti,” katanya.
Kira-kira 67 pertubuhan amal terbabit dalam menyediakan makanan berbuka puasa itu.
– AGENSI