DuniaPalestin

5,000 penduduk Gaza tidak miliki dokumen pengenalan diri

Hilang hak kebebasan bergerak susulan pelucutan dokumen

GAZA 30 Mac – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean memaklumkan hak kebebasan untuk bergerak terhadap ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza telah dirampas susulan pelucutan dokumen pengenalan diri.

Dalam laporan bertajuk The Gaza Strip: Undocumented Citizens, Euro-Med menyatakan bahawa mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan di Gaza telah memasuki kawasan itu sama ada sebelum tahun 2000 dengan izin pelawat sementara atau selepas tahun 2000 dalam tempoh tembok perbatasan antara Mesir dan Gaza diceroboh, atau melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan Mesir dan Gaza sebelum 2014.

Laporan itu mengkaji kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan, kerana banyak dari mereka kehilangan nyawa akibat penyakit kronik dan tidak dapat kebenaran untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan di luar Palestin.

Dari segi pendidikan dan bekerja di luar negara, orang yang tidak berdokumen tidak dibenarkan ke luar negara untuk melanjutkan pendidikan mahupun bekerja kerana tidak memiliki pasport. Tambahan pula, mereka turut tidak dibenarkan berjumpa dengan keluarga jika menetap di luar negara.

Pasukan Monitor Euro-Med menemubual Zahra Abu Alwan, 75, yang meninggalkan Semenanjung Gaza bersama suaminya sebelum Israel menjajah pada 1967. Mereka tidak mendapat kad pengenalan kerana tidak hadir semasa bancian Israel.

“Sejak tahun 2000, kami tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Saya mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal di luar negara, dan saya tidak dapat berjumpa dengannya lebih 20 tahun kerana saya tidak dapat meninggalkan Gaza. Suami saya mengalami gangguan keseimbangan akibat komplikasi diabetes. Dia menderita untuk jangka masa yang lama. Kami berjumpa dengan ramai doktor di Gaza, tetapi tetap gagal mendapatkan rawatan yang sesuai. Kami perlu segera memindahkannya untuk mendapatkan rawatan di luar negeri, tetapi gagal kerana tidak mempunyai ID,” – Zahra Abu Alwan

Jurucakap Euro-Med Monitor di Palestin, Nada Nabil menegaskan pihak Israel wajib menghormati undang-undang antarabangsa dalam semua urusannya dengan penduduk Palestin dan membatalkan polisi untuk tidak memberikan mereka kad pengenalan,” – Jurucakap Euro-Med Monitor Palestin / Nada Nabil

Laporan itu menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel perlu menghapuskan sekatan terhadap hak warga Palestin untuk tinggal di Gaza, menamatkan pembekuan permohonan penyatuan keluarga dan memulakan proses untuk beri kebenaran warganegara mendapatkan kad pengenalan.

Genting Gaza

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button