Semasa

Keibubapaan yang baik cipta keluarga bahagia

Ibu bapa yang baik ialah mereka yang berusaha membuat keputusan terbaik demi masa hadapan anak-anak mereka.

Apa yang menjadikan ibu bapa hebat bukan sahaja ditentukan oleh tindakan, tetapi juga niat mereka.

Ibu bapa yang baik tidak semestinya sempurna. Tiada siapa yang sempurna. Tiada juga kanak-kanak yang sempurna dan kefahaman tentang perkara perkara ini penting apabila kita menetapkan jangkaan kita.

Walaupun ibu bapa yang berjaya bukanlah tentang mencapai kesempurnaan, ini tidak bermakna kita tidak sepatutnya berusaha ke arah matlamat itu. Tetapkan standard yang tinggi untuk diri kita dahulu dan kemudian anak-anak kita. Kita perlu menjadi contoh teladan untuk mereka.

Berikut ialah lima petua tentang cara menjadi ibu bapa yang lebih baik, yang menekankan mempelajari kemahiran keibubapaan dan mengelakkan hal yang tidak baik. Ini petua yang tidak cepat dan tidak mudah.

Mungkin tiada siapa yang boleh melakukan semuanya sepanjang masa. Tetapi jika kita terus berusaha mengikut petua ini, walaupun mungkin hanya melakukan sebahagian daripadanya pada masa tertentu, kita tetap akan bergerak ke arah yang betul.

  1. JADI ROLE MODEL YANG BAIK

Jangan hanya beritahu anak apa yang kita mahu mereka lakukan. Tunjukkan terus cara melakukannya kepada mereka.

Manusia ialah spesies yang istimewa kerana kita boleh belajar melalui peniruan. Kita semua diprogramkan menyalin tindakan orang lain bagi memahaminya dan memasukkannya ke dalam tindakan kita sendiri. Kanak-kanak, khususnya, memerhati segala yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dengan teliti.

Maka, jadilah orang yang kita inginkan  — hormati anak kita, tunjukkan tingkah laku dan sikap positif kepada mereka, empati terhadap emosi mereka — dan anak kita akan mengikutnya.

sumber : Internet 

2. SAYANGI ANAK-ANAK MELALUI TINDAKAN

Tidak ada istilah terlalu menyayangi anak. Menyayangi mereka tidak boleh merosakkan mereka. Anak-anak akan rosak apabila kita pilih untuk melebihkan kepuasan material, kelonggaran, dan perlindungan yang berlebihan. Apabila perkara-perkara ini diberikan sebagai ganti cinta sebenar, itulah masanya kita mempunyai anak yang manja.

Menyayangi anak semudah memberi mereka pelukan, meluangkan masa bersama dan mendengar masalah mereka dengan serius setiap hari.

Menunjukkan perbuatan cinta ini boleh  membebaskan hormon yang memberi rasa tenang seperti oksitosin. Bahan kimia neuro ini selain memberi kita rasa tenang, ia juga memberi kehangatan emosi dan kepuasan yang mendalam. Daripada ini kanak-kanak akan mengembangkan daya tahan dan hubungan yang lebih rapat dengan kita.

sumber : Internet 

3. AMALKAN KEIBUBAPAAN POSITIF YANG BAIK

Berikan anak kita pengalaman positif. Mereka akan mempunyai keupayaan bagi mengalami sendiri pengalaman positif dan menawarkannya kepada orang lain.

Apabila kita berikan anak kita pengalaman negatif. Mereka tidak akan mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk berkembang maju.

Menyanyi bersama-sama, pergi ke taman dan ketawa dengan anak kita. Selesaikan masalah bersama-sama dengan sikap positif.

Bukan sahaja pengalaman positif ini mewujudkan hubungan yang baik dalam otak anak, tetapi ia juga membentuk kenangan yang akan dibawa oleh anak kita sepanjang hayat.

Apabila bercakap tentang disiplin, memang sukar untuk kekal positif. Tetapi adalah mungkin bagi mengamalkan Disiplin Positif dan mengelakkan langkah hukuman.

Menjadi ibu bapa yang baik bermakna kita perlu mengajar anak-anak tentang apa yang betul dan apa yang salah. Menetapkan had dan konsisten adalah kunci kepada disiplin yang baik. Bersikap baik dan tegas apabila menguatkuasakan peraturan tersebut.

Fokus pada sebab di sebalik tingkah laku anak-anak itu. Jadikan ia peluang belajar untuk masa depan, bukannya menghukum masa lalu.

Sumber : Internet 

4. JADI TEMPAT PERLINDUNGAN YANG SELAMAT UNTUK ANAK

Beritahu anak bahawa kita akan sentiasa berada di sisi mereka dengan bertindak balas terhadap isyarat dan peka terhadap keperluan mereka. Sokong dan terima anak kita sebagai seorang individu. Jadilah tempat berlindung yang selamat untuk anak kita meneroka.

Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang responsif secara konsisten, cenderung mempunyai perkembangan emosi, pembangunan kemahiran sosial dan hasil kesihatan mental yang lebih baik.

Sumber : Internet 

5. REFLEKSI ZAMAN KANAK-KANAK KITA DAHULU

Ramai antara kita mahu menjadi ibu bapa yang berbeza daripada ibu bapa kita. Ini termasuk mereka yang mempunyai didikan yang baik dan zaman kanak-kanak yang bahagia mungkin mahu mengubah beberapa aspek bagaimana mereka dibesarkan.

Tetapi selalunya, apabila kita membuka mulut, kita bercakap sama seperti ibu bapa kita.

Merefleksikan masa kanak-kanak kita sendiri adalah satu langkah ke arah memahami mengapa kita menjadi ibu bapa seperti yang kita lakukan. Catat perkara yang kita mahu ubah dan fikirkan cara  melakukannya secara berbeza dalam senario sebenar. Cuba berhati-hati dan ubah tingkah laku  apabila isu tersebut timbul selepas ini.

Jangan berputus asa jika kita tidak berjaya pada mulanya. Ia memerlukan banyak latihan bagi mengubah kaedah pembesaran anak-anak kita.

Sumber : Internet 

 

RUJUKAN : parentingforbrain.com

Related Articles

Back to top button