DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Tahanan Palestin lancar mogok lapar

RAMALLAH : Sekurang-kurangnya 20 tahanan warga Palestin di penjara Israel melancarkan mogok lapar secara terbuka semalam, bagi menuntut pembebasan rakan senegara mereka yang ditahan, Ghadanfar Abu Atwan.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS), dalam satu kenyataan, berkata 20 tahanan yang dimasukkan ke penjara Ofer, Ramallah barat, di pusat Tebing Barat dan di penjara Negev di selatan Israel menuntut supaya pihak berkuasa Israel membebaskan Abu Atwan yang berada dalam keadaan kesihatan kritikal akibat mogok yang dilakukan sejak 65 hari lalu.

Tegasnya, Abu Atwan kini berdepan risiko kematian berikutan keadaan kesihatannya.

Menurut PPS, Abu Atwan, 28, dari bandar Dura di selatan Tebing Barat, melancarkan mogok lapar sebagai protes ekoran penahannya yang dilakukan tanpa bicara sejak Oktober tahun lalu.

Berdasarkan data dari pihak berkuasa Palestin, Israel telah menahan sermaai 5,300 warga palestin termasuk 40 wanita dan 250 kanak-kanak, dengan 520 ditahan tanpa bicara atau melalui proses pendakwaan di bawah dasar pentadbiran Israel.

Tahanan tanpa bicara Israel membenarkan pihak berkuasa Israel melanjutkan tempoh tahanan tanpa pendakwaan walaupun tempoh tahanan yang ditetapkan antara dua hingga enam bulan sudah tamat.

 

20 Palestinian detainees go on hunger strike in Israeli jails

– Anadolu Agency

Diterjemah oleh : Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

Related Articles

Back to top button