Semasa

Lebih 300,000 kanak-kanak jadi mangsa pedofilia di Perancis

PARIS : Laporan siasatan yang dikeluarkan pada Selasa mendapati kira-kira 216,000 kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks di Gereja Katolik Perancis sejak 50 tahun dahulu dan disifatkan sebagai fenomena besar yang disembunyikan selama ini.

Menurut Presiden Jawatankuasa Siasata, Jean-Marc Sauve, jumlah itu, berdasarkan penyelidikan secara mendalam, termasuk penganiayaan yang dilakukan oleh paderi serta oleh orang-orang bukan agama yang terlibat dalam gereja.

Beliau mengatakan sekitar 80% adalah mangsa lelaki.

“Hingga awal 2000-an, Gereja Katolik menunjukkan sikap tidak peduli dan bertindak kejam terhadap mangsa,”

“Kira-kira 60% lelaki dan wanita yang didera secara seksual menghadapi masalah besar dalam kehidupan sentimental atau seksual mereka.”

Sauve berkata, jumlah keseluruhan mangsa kemungkinan meningkat kepada 330,000 jika dikira sekali dengan jumlah guru dan anggota awam gereja yang lain.

Sauve mengutuk karakter sistemik mendakwa ia sebagai usaha untuk melindungi golongan paderi daripada pertuduhan pedofilia.

Terdahulu, dokumen setebal 2,500 halaman yang dikeluarkan mendedahkan  kira-kira 3,000 pendera kanak-kanak – dua pertiga daripadanya adalah paderi – bekerja di gereja dalam tempoh itu.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button