DuniaKemanusiaanSemasa

Harapan punah seperti mana bot mereka musnah!

3 maut, 27 cedera bot terbalik

Serpihan sebuah bot yang membawa 30 pendatang haram berkecai dipercayai melanggar terumbu karang di San Diego pada Ahad. – Foto AFP

LOS ANGELES :  Tiga imigran maut manakala 27 lagi cedera apabila sebuah bot disyaki bertujuan untuk penyeludupan manusia terbalik lantas pecah di luar pantai San diego, California Ahad lalu.

Menurut Al jazeera, sebuah bot penumpang berukuran 12 meter ditemui berkecai selepas terbalik berhampiran Monumen Kebangsaan Cabrillo di Point Loma, kira-kira jam 10:27 pagi waktu tempatan kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, Monica Munoz.

3 maut dan 27 diselamatkan apabila penumpangnya dipercayai pendatang haram cuba memasuki A. S – Pic Straits Times

Seorang anggota penyelamat pantai San Diego, James Gartland memberitahu pemberita, bot itu dipercayai melanggar terumbu karang sebelum berkecai menyebabkan 30 orang yang menaikinya tercampak keluar.

“Ia merupakan bot penyeludup. Ejen-ejen kawalan sempadan Amerika Syarikat (AS) bersama seorang lelaki dipercayai merupakan pengatur operasi ini,” –   pegawai  Pejabat Hal Ehwal Awam Perlindungan Sempadan dan Kastam AS / Jeffery Stephenson

AFP melaporkan  pegawai  Pejabat Hal Ehwal Awam Perlindungan Sempadan dan Kastam AS, Jeffery Stephenson berkata apa yang dipentingkan oleh para penyeludup ialah keuntungan dan bot itu membawa muatan berlehan dan tidak mempunyai peralatan keselamatan yang mencukupi.

Para penumpang yang menaiki bot itu dipercayai imigran yang cuba memasuki AS, katanya.

Setakat ini tidak diketahui kewarganegaraan penumpang bot berkenaan.

Seramai 27 orang yang selamat dihantar ke sebuah hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan.

Beberapa pegawai berkata, kebanjiran migran itu disebabkan oleh peningkatan kemiskinan dan keganasan di Amerika Tengah selain janji Presiden AS, Joe Biden yang mengamalkan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap imigran. – AGENSI

Related Articles

Back to top button