PalestinSemasa

Lebih 200 jemaah ditahan dalam serangan Masjid Al Aqsa

BAITULMAQDIS: Lebih 200 jemaah muslim telah ditahan di Masjid Al-Aqsa selepas diserang secara agresif oleh tentera zionis israel.

Tentera zionis telah menyerbu Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi, menggunakan bom gas, bom tangan bunyi dan memukul jemaah tanpa belas kasihan, menyebabkan ramai yang cedera, menurut saksi dan Bulan Sabit Merah Palestin.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, melaporkan bahawa berpuluh-puluh jemaah, yang menghabiskan sepanjang malam menunaikan solat di bulan Ramadan, cedera apabila polis israel menyerbu masjid itu.

Keganasan israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki mencetuskan gelombang protes dan kecaman daripada rakyat Palestin.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan serta ketegangan yang lebih meluas terhadap penduduk Palestin di bulan suci Ramadan ini.

Keganasan telah meningkat sejak tahun lalu, kerana tentera israel telah melakukan penjajahan serta serbuan hampir setiap malam ke atas bandar, pekan dan kampung di Palestin.

Sekurang-kurangnya 94 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera israel tahun ini, menurut perangkaan Associated Press.

Lebih 700,000 peneroka haram israel kini tinggal di Tebing Barat yang diduduki dan menduduki Baitulmaqdis Timur.

BACA JUGA
Tentera zionis serang jemaah Masjid al-Aqsa ketika beriktikaf

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button